Categories
Berita

Sebanyak RM18 juta bantuan khas untuk Wanita & OKU. Maklumat Lanjut Baca Disini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berserta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), telah memperuntukkan lebih RM18 juta bagi pelbagai program dan bantuan untuk pengendali perniagaan terdiri daripada wanita dan orang kurang upaya (OKU).

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini sejajar dengan persetujuan kerjasama antara kementerian itu menerusi agensinya seperti Institut Keusahawanan Nasional (INSKEN), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), SME Corp dan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) dengan KPWKM bagi membantu kumpulan sasar, terutama pada tempoh pemulihan pasca-Covid-19 selain mengembangkan operasi mereka terbabit.

Beliau berkata, pemilik perniagaan wanita juga merupakan antara kelompok yang terjejas teruk akibat pandemik berikutan sebahagian besarnya dalam kategori mikro dan tidak rasmi (tidak berdaftar).

Malah, katanya, mereka juga menjalankan perniagaan dalam sektor bukan utama seperti kecantikan, fesyen, pengurusan acara dan perancang perkahwinan.

“Sehubungan itu, MEDAC dan agensinya sedang gigih untuk memberi bantuan menyeluruh yang dapat menyumbang secara berkesan, bukan hanya bagi pemulihan pasca-Covid-19 tetapi juga membantu kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ini termasuk menawarkan perkhidmatan menyeluruh merangkumi bantuan pembiayaan, pembiayaan mikro, kejurulatihan, latihan dan program kemahiran bagi melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing, dinamik serta berdaya tahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Wan Junaidi, MEDAC juga sedang menumpukan usaha membantu perniagaan menjadi lebih digital.

“Covid-19 telah meningkatkan keperluan perniagaan untuk menerima guna dan melaksanakan teknologi. Hasil kaji selidik kami mendapati perniagaan yang melaksanakan pendigitalan terbukti lebih maju berbanding mereka yang menolak keperluan digital itu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, MEDAC menerusi PNS juga berminat untuk menjalin kerjasama dengan KPWKM bagi mengenal pasti perniagaan milik wanita yang berpotensi dimajukan sebagai jenama francais tempatan.

“Banyak PKS yang takut untuk menceburi bidang francais ini berikutan persepsi bahawa ia memerlukan modal permulaan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, PNS akan membantu dari segi penilaian perniagaan dan memberi nasihat bagaimana untuk meningkatkan lagi perniagaan tersebut.

PNS menerusi pelan lima tahunnya, menyasarkan untuk mencapai minimum 5,000 kelulusan pembiayaan bagi usahawan yang dijangka dapat memperluas portfolio francais kepada RM700 juta selain mewujudkan 18,000 pekerjaan serta menyumbang sejumlah RM4.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/133400/BISNES/Lebih-RM18-juta-untuk-bantu-wanita-OKU-kendali-perniagaan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Categories
Agama

Terdengar azan sewaktu bertugas tengah padang pasir, anggota tentera ini peluk Islam pada bulan Ramadhan…

Laungan azan di tengah padang pasir pada jam 3.30 pagi secara tiba-tiba bergema di telinganya semasa bertugas sebagai anggota pasukan tentera di Bosnia tujuh tahun lalu.

Bekas juara dart dunia, Ryusei Nemoto, 44, berkongsi saat beliau menerima hidayah ALLAH SWT dan bersyukur kerana terpilih sebagai Muslim.

Menceritakan pengalaman itu, Ryusei pada mulanya terkejut dengan suara yang didengar dalam suasana sunyi pagi itu, lantas beliau bertanyakan rakan sepasukan sekiranya bunyi itu dari komputer riba atau radio, namun rakannya memberitahu tidak mendengarnya.

Pengalaman ke beberapa buah negara sebelum ini membolehkan Mohamed Khidir mengamati dan mempelajari cara hidup Islam.

Beberapa tahun selepas itu, lelaki itu pergi ke Jakarta sekali lagi untuk menghadiri majlis reunion bersama rakan sekolej.

“Ketika sedang berbual, saya sekali lagi terdengar suara azan. Saya tertanya-tanya maksud suara itu dan nekad mencari jawapan kerana setiap kali terdengar bunyi tersebut, hati menjadi tenang,” katanya.

Ryusei berkata, beliau mula mengembara ke wilayah dan seluruh kampung termasuk ke Aceh, Lampung dan Jawa Timur serta singgah di masjid semata-mata mahu mendengar azan dan menyelidik perkara itu.

Menurutnya, lapan bulan berada di Indonesia, beliau menjelajah ke beberapa lokasi lain untuk mencari jawapan yang beliau sendiri tidak pasti.

Pengalaman ke beberapa buah negara sebelum ini membolehkan Mohamed Khidir mengamati dan mempelajari cara hidup Islam.

Ryusei yang fasih berbahasa Melayu berkata, niat memeluk Islam timbul ketika berada di Singapura beberapa tahun selepas kejadian itu.

Bermula saat tersebut, beliau mula mengubah cara hidup dan penampilan sebagai seorang Muslim.

Tatkala terdetik hati menerima Islam, Ryusei kemudian diuji apabila seorang demi seorang insan yang dicintai pergi buat selama-lamanya.

“Dua minggu selepas datuk meninggal dunia, nenek pula ‘pergi᾿. Saya kemudian diuji lagi apabila kedua-dua ibu bapa, bapa saudara dan adik perempuan kembar saya maut apabila pesawat dinaiki terhempas ketika dalam penerbangan ke Hawaii. Hati saya sedih dan pilu.

“Bagaimanapun, saya memujuk hati dan mencari kebenaran yang akhirnya mendapat jawapan, sesungguhnya manusia tidak boleh kekal di dunia ini melainkan hanya Dia Yang Maha Kuasa,” luahnya.

Disebabkan rasa membuak-buak ingin mendalami Islam, Ryusei nekad berkunjung ke Makkah.

Ketika tiba di tanah suci itu, beliau terpegun melihat ketekunan umat Islam mengejar pahala berbuat kebaikan, mengerjakan ibadat haji dan umrah.

Mohamed Khidir meluangkan masa bersama keluarga angkat di Malaysia.

Beliau akhirnya nekad dan yakin dengan ajaran Islam sekali gus membuat keputusan ingin mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.

Atas sokongan keluarga angkat di negara ini, akhirnya beliau mengucap syahadah secara rasmi di Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Kedah pada 23 Mac lalu menggunakan nama Mohamed Khidir Hakim.

Mohamed Khidir yang mempunyai kepakaran profesional dalam pelbagai bidang ingin memulakan hidup baharu dengan diari kehidupan yang lebih bermakna.

Mohamed Khidir yang pernah dinobatkan juara dart dunia kini nekad meninggalkan segala-galanya untuk menumpukan kepada pembelajaran agama.

Aktif 19 tahun dalam sukan dart, beliau tidak mahu pengalamannya dalam beberapa kejuaraan terkubur, malah berhasrat menjadikan permainan itu diterima masyarakat Malaysia sebagai salah satu aktiviti keluarga tanpa dipengaruhi budaya songsang barat.

Categories
Berita

Bila B@ngl@ Mula Jadi Tauke – Merak Jalanan

Masalah warga asing bebas buka perniagaan dan kedai sampai bila-bila pun mungkin tidak akan selesai. Baru-baru ini penulis Merak Jalanan jalan pusing-pusing naik motosikal di Kampung Baru Sungai Buloh.

Sambil jalan tu, Penulis @ Merak Jalanan nampak masih banyak lagi kedai runcit termasuk kedai jual barang basah seperti ikan, sayur, daging lembu segar, yang taukenya adalah B@ngla.

Kita ingat kalau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, B@ngla ni takut nak berniaga, rupa-rupanya perniagaan mereka macam biasa, malah cukup sesak dengan pelanggan pada waktu pagi.

Yang lebih memeningkan dalam ramai-ramai warga Bangladesh yang datang membeli, ramai juga warga tempatan kita yang menyokong kedai B@ngla berkenaan dengan alasan barang yang dijual murah.

Inilah yang paling Merak Jalanan tak boleh hadap dan hadam. Dulu ramai kecam salahkan kerajaan, konon tak ambil tindakan terhadap B@ngla tetapi dalam hal ini pergi beli barang dapur kat kedai mereka sebab murah, tak salah?

Harap rakyat Malaysia dapat fikirkan lah dengan baik terutamanya dari kalangan kita B40 dan M40. Sampai bila kita nak biar B@ngla menjadi tauke dinegara kita?

Categories
Viral

Tak makan nasi sejak tahun lalu, Zulin Aziz makin susut & ramping

Posting terbaru di laman Instagram artis serba boleh, Zulin Aziz mengundang perhatian peminat dan pengikutnya apabila dikatakan nampak semakin langsing.

Menerusi laporan BH Online, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata beliau mengalami susut berat badan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Mac lalu.

“Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.
“Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang,” katanya yang menghadapi masalah berat badan sejak dahulu.

Walau bagaimanapun, selebriti berusia 30 tahun itu tidak berahsia dan mengakui sedang mengamalkan sejenis minuman dimana dirinya turut menjadi testimoni kepada produk tersebut.

“Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana ‘makan hati’ akibat kisah percintaan yang tidak kesampaian dua tahun lalu sebaliknya adalah untuk kepuasan sendiri.

Sumber : Zaidi Mohamad (BH Online)

Categories
Agama

“Allah beri hidayah.” -Dulu jadi Sami Buddha, kini seorang Muslim bergelar Haji

Tiada siapa dapat menidakkan takdir Allah S.W.T. Siapa pun kita, jika hidayah untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik diberikan, sudah tentu kita boleh berubah dengan serta-merta.

Penganut agama lain kembali kepada fitrah agama Islam bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam konteks masyarakat kini. Ia bukan sahaja memberikan mereka satu persekitaran yang baru, bahkan mempraktikkan diri berusaha menjadi lebih baik.

Hidayah Allah tak kenal siapa

Menerusi satu perkongsian yang dibuat dalam laman Facebook dikenali sebagai Majlis Ilmu, dua foto seorang lelaki dikenali sebagai Haji Muhammad Wong Abdullah berubah penampilan apabila diberikan hidayah untuk memeluk Islam.

Dulu merupakan seorang sami Buddha

Menurut perkongsian tersebut, pada asalnya haji Muhammad Wong adalah seorang penganut Buddha. Dia juga adalah seorang sami iaitu individu yang kuat pegangan agamanya.

Namun begitu, hidayah daripada Allah S.W.T telah membawanya kepada Islam dan dia juga sudah pun mengerjakan fardu haji pada tahun lepas.

Semoga Tuan Haji lebih istiqomah

Perkongsian yang begitu menginspirasikan daripada laman Facebook tersebut telah mendapat lebih daripada 12 ribu tanda suka. Rata-rata warganet yang terlihat posting tersebut turut meninggalkan komen-komen positif diatas penghijrahan itu.

Mereka telah meninggalkan komen menyatakan bahawa betapa besar nikmat yang telah Allah kurniakan dan mendoakan agar Haji Muhammad lebih istiqomah serta menjadi seorang Muslim yang bertakwa.

Jelas wajah kelihatan berseri

Tuan Haji insan terpilih

Sumber : Majlis Ilmu

Categories
Keluarga

Bawa teman lelaki jumpa mak ayah, pemuda jadi imam untuk keluarga kekasih

Setiap pasangan yang bercinta pastinya mahu mengakhiri hubungan mereka dengan membina sebuah perkahwinan yang bahagia. Sebelum melangkah ke peringkat seterusnya, para pasangan kebiasaannya terlebih dahulu meminta restu daripada keluarga agar kehidupan yang dibina lebih berkat dan bahagia.

Di Twitter, seorang gadis berkongsikan keterujaan apabila keluarga terutamanya ibu bapanya berbesar hati untuk berkenalan dengan pemuda yang berjaya menambat hati anak gadis mereka.

“Mama teruja jumpa bakal menantu…”

Lebih mengujakan dan meraih perhatian ramai, teman lelaki gadis ini bukan sekadar bertemu dengan ibu bapanya sahaja malah pemuda itu juga turut mengimamkan keluarga kekasihnya ketika solat berjemaah bersama-sama.

Harap ramai dapat sesuatu dari pengalaman mereka

Berkongsikan pengalaman indah ini di laman Twitter, walaupun masih berusia 19 tahun ini berharap agar orang lain boleh belajar sesuatu daripada hubungan mereka berdua.

Turut meninggalkan pesanan untuk kaum lelaki, soal agama adalah perkara yang penting untuk diketengahkan.

Nak jodoh baik, ubah diri jadi lebih baik dulu…

Nak bawa anak gadis orang, pastikan sudah siap sedia

“Comelnya teman lelaki jadi imam…”

Sudah tentunya, di ruangan komen ramai yang dilihat turut merasa teruja dengan layanan yang diberika oleh keluarga gadis tersebut kepada teman lelaki anaknya.

Bertuahnya! Semoga sampai ke jinjang pelamin

Tahniah jumpa lelaki macam ni, bukan senang nak jumpa…

Perkongsian gadis yang memaparkan teman lelaki menjadi imam kepada keluarganya, sehingga kini telah meraih hampir 4,000 ulang kicau dan lebih 10,600 tanda suka dalam kalangan netizen.

Sumber: Twitter. 

Categories
Keluarga

Adik-Beradik Kena Ada BONDING TIME Walau Semua Dah Berkeluarga – Erat Hubungan, Tiada Rasa Tepinggir.

Kak Long, Abang Angah, Acik, Anjang dan Ucu; kita semua adik-beradik yang lahir daripada rahim Ibu yang sama dan dibesarkan oleh Ayah yang satu. Kita habiskan masa di sebuah rumah, berkongsi makan dan mium juga aktiviti serupa. Kita dididik dan dibesarkan dengan gaya tidak banyak beza. Kalau dulu, selalu berlanggar bahu, bertentang mata dan bergelak-tawa tanpa perlu sukatan waktu.Namun, kini setelah semua membawa diri melangkah keluar dari rumah itu, kenapa sukar benar untuk kita bertemu? Masa sentiasa mencemburui dek alasan sibuk kerja, komitmen keluarga, pemisah jarak dan pelbagai lagi jurang yang semakin hari semakin dalam. Walau namanya adik-beradik, tetapi hubungan kita tidak lagi seperti dulu, kemesraan semakin tawar, saat bertemu kita bagaikan tersegan-silu seperti orang luar. Inilah puncanya apabila memori kian pudar dan bertanya khabar pun sudah tak biasa.

Kredit Foto: IG Nora Danish

‘Bonding Time’ Cara Terbaik Merapatkan Hubungan

Hanya inilah cara terbaik untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Walau dihambat waktu yang sangat mencemburui, usahakanlah untuk meluangkan sedikit waktu berkualiti bersama keluarga yang disayangi, yang tidak mungkin dapat dicari-ganti. Ingatlah, ajal dan usia seseorang itu juga tidak dapat diramal selama mana, rebut peluang saat adik-beradik masa ada agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Dalam sesebuah keluarga pasti ada adik-beradik yang jenis pasif dan tidak pandai untuk memulakan sesuatu aktiviti atau rancangan. Wakilkanlah diri sendiri untuk ‘memulakan’. Jadilah organiser yang sudi untuk merancang aktiviti bersama keluarga itu walaupun mungkin kamu akan rasa ‘asyik aku je’. Tidak mengapa, anggap saja inilah amal jariah untuk kamu sebagai penguat silarutahim. Mana tahu, nanti Tuhan beri rezeki yang lain sebagai ganjaran. Jangan hanya tunggu orang lain yang mulakan.

Masanya Bertanya Khabar Secara ‘Real’

Ya, inilah juga antara masanya untuk bertanya khabar adik-beradik yang lain. Benar, zaman sekarang ada macam-macam cara untuk berhubungan melalui media sosial, aplikasi Whatsapp, Video Call dan sebagainya, namun ia tidak akan sama dengan dapat bersua mata, bersalaman, berpeluk dan bercium sesama adik-beradik. Ini masa terbaik untuk meluahkan segala perasaan secara ‘real’. Bukan sekadar bertukar emoji di alam maya.

Di sinilah peluangnya untuk bertanya khabar adik-beradik yang bermasalah, kurang sihat atau tidak berkemampuan. Apabila ini berlaku, soal ada yang terasa hati atau terpinggir dapat dielakkan. Hubungan dieratkan dan semakin mesra walau jarak memisahkan. Kita juga dapat mengetahui perkembangan terkini keluarga yang lain; anak-anak saudara, ipar-duai dan yang lain-lainnya. Masanya juga dapat berkongsi pendapat dan bertukar-tukar buah fikiran.

Jika ada sesuatu isu timbul dalam keluarga, bermesyuaratlah tempat terbaik mendapatkan kata sepakat. Contohnya hal penjagaan ibu ayah, adik-adik yang mahu menyambung pengajian atau pembahagian harta pusaka sebagai contoh. Ia lebih telus dan berkesan daripada membincangkannya di alam maya sahaja. Dari sini juga, kita dapat melihat reaksi sebenar adik-beradik jika sesuatu permasalahan timbul.

Saranan ‘Bonding Time’ Yang Menarik

  1. Family’s Day

-ini antara aktiviti yang selalu dilakukan oleh kebanyakan keluarga. Siap ada yang menempah baju seragam dan penginapan dan sebagainya.

  1. Makan-Makan Keluarga

-sama ada makan di rumah dengan cara memasak gotong-royong atau makan di luar. Tidak kisah asalkan sahaja dapat mengumpulkan semua anggota.

  1. Berkenduri-Kendara

-kenduri atau majlis tertentu adalah tempat yang selalu menghimpunkan anggota keluarga. Namun, ia mungkin agak terhad untuk berbual apabila dihadiri oleh tetamu lain juga.

  1. Hang Out

-jika tiada masa untuk diperuntukkan dengan percutian yang berhari-hari, hang out untuk beberapa jam di kafe atau lokasi riadah juga sudah memadai untuk menyemai kemesraan.

  1. Picnic atau Berkelah

-memang seronok jika sesekali dapat berkelah dengan adik-beradik. Buat barbeque atau steamboat di tepi air terjun atau taman rekreasi, pasti menggamit nostalgia.

  1. Membeli-belah

-ini pastinya untuk adik-beradik perempuan yang berkongsi minat yang sama. Mengapa tidak? Yang berkemampuan mungkin boleh belanja adik-beradik yang tidak berapa ada.

  1. Solat Jemaah

-inilah bonding time yang terbaik sebenarnya. Solat jemaah beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa dan yasin, pasti tenang.

Categories
Keluarga

Seronoknya Ramai Adik-Beradik Perempuan — Boleh Kongsi Barang, Membawang, Kawan Gaduh Pun Ya Juga!

Categories
Viral

Sebaik Mana Pun Suami, Isteri Kena STANDBY – Kesihatan, Kewangan, Kerjaya. Kalau Tiba-Tiba Dia Berubah…

Suraya Ditinggalkan Ketika Stroke

Setelah berumahtangga dengan Aziz 15 tahun, sangka Suraya mereka akan kekal bersama hingga hujung hayat. Kehidupan mereka lengkap dengan dikurniakan seorang anak dan kewangan dan aset yang baik. Ditakdirkan Suraya diserang stroke dan lumpuh separuh badan setahun yang lalu.

Beberapa bulan pertama Aziz kelihatan baik menjaganya. Berkorban masa dan duit merawat Suraya. Mereka berjanji untuk sama-sama menempuhi dugaan ini bersama. Tidak lama selepas itu, perubahan mula dirasakan ke atas Aziz apabila sudah mula berkira soal membantu Suraya dan hal rumah.

Banyak perkara yang diungkitnya seperti tanggungjawa Suraya yang tidak lagi dapat disempurnakan. Akhirnya, pada bulan Julai yang lalu, Aziz melafazkan talak kepada Suraya dan terus meninggalkannya bersama anak mereka begitu sahaja. Suraya mendapat tahu yang Aziz akan bernikah dengan rakan sepejabatnya yang baru berusia 23 tahun!

Suraya pasrah dan redha dengan ketentuan jodoh. Namun, agak terkilan apabila ditinggalkan ketika dia dalam keadaan sebegini sedangkan sebelum ini, Suraya langsung tidak berkira apa pun dengan Aziz. Dia menjadi isteri yang taat demi kebahagian mereka. Tidak sangka, Aziz tidak sudi untuk bersusah bersamanya saat ini.

Kini, Suraya tinggal bersama anak saudaranya yang sudi untuk menjaganya. Suraya dalam proses berubat dan sangat berharap untuk pulih kembali demi meneruskan kehidupan bersama anaknya. Suraya menasihati semua wanita agar sentiasalah menjaga kesihatan diri kerana kesihatanlah tiang seri kehidupan kita. Kalau sakit, banyak benda terbengkalai. Duit banyak pun tak guna, suami baik pun boleh berubah watak.

Kredit Foto: Google

Zatul Diceraikan Sehelai Sepinggang

Zatul berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan yang baik di sebuah sektor swasta terkenal. Namun selepas berkahwin dengan Bahrin, dia disuruh untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sahaja, sementelah gaji Bahrin lebih daripada mencukupi untuk menanggung Zatul dan keluarga. Malah, Bahrin memberi elaun kepadanya RM3000 setiap bulan.

Walaupun keputusan Zatul berhenti kerja itu mengundang kemarahan ibu dan ayahnya, tetapi Zatul memberi keyakinan bahawa dia tidak akan hidup susah bersama Bahrin. Bahrin juga seorang yang bertanggungjawab dan kuat pegangan agamanya. Tidak mungkin dia akan mensia-siakan isterinya itu.

Sebelas tahun hidup bersama, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Kehidupan dilalui sangat indah. Tugas Zatul hanya perlu menyempurnakan keperluan Bahrin dan anak-anak dengan disertakan seorang pembantu rumah lagi. Zatul rasa sangat bahagia kerana ketika bekerja dulu dia agak stres dengan tekanan di pejabat.

Siapa mahu menolak tuah apabila dapat menjadi suri rumah dengan disertakan elaun lagi. Dan, tidak perlu bersusah-payah memikirkan hal kerja dan bebanan lainnya. Namun, langit tidak selalunya cerah. Dua tahun lepas, sebaik pulang dari urusan kerja di Jakarta, Bahrin mula menunjukkan sikap aneh.

Dia seperti tidak mengendahkan Zatul dan anak-anak. Selang sehari pasti memberi alasan kerja lewat malam dan ada kala ‘hilang’ ketika hujung minggu. Akhirnya, Zatul dapat tangkap apabila Bahrin rupanya sudah berkahwin lain di luar negara. Perempuan itu rakan niaganya yang dikatanya sangat berharta!

Apabila Zatul mengamuk, Bahrin juga tidak mahu mengaku salah. Bahrin memberi kata dua, sama ada Zatul duduk diam-diam saja dan menerima hakikat sudah bermadu atau boleh berambus dari rumah itu. Isteri mana boleh ditipu seperti itu? Dengan kata-kata Bahrin yang seolah-olah mencabarnya.

Zatul membuat keputusan bercerai. Dan, Bahrin dengan lagaknya terus menghalau Zatul dari rumah itu tanpa memberi sebarang pampasan hatta seringgit! Bahrin rasa tercabar apabila Zatul tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Zatul akui hidupnya agak terseksa pada awal perceraian dengan tiada sumber pendapatan dan aset.

Kredit Foto: Google

Perkahwinan Itu Tiada Jaminan

Itulah hakikatnya. Ia bukan seperti membeli alat elektronik yang disertakan kad jaminan untuk dibaiki jika mengalami kerosakan. Jaminan hanyalah dengan doa dan tawakal kita kepada Tuhan yang satu. Namun, ujian itu datang tidak mengira waktu dan sesiapa juga. Jika sudah tertulis, kitalah calon yang harus menempuhnya, maka terjadilah ia.

Sebaik mana pun seorang suami itu, sekuat mana pun pegangan agamanya atau sekaya mana pun harta keturunannya, ia tidak mampu memberi kita ikatan kukuh bahawa dia akan semtiasa menjadi hak kita dengan hatinya tidak akan berubah. Hati manusia ini bagaikan sekeping kertas nipis yang mudah sahaja direnyuk dan dilupuskan.

Maka, sebagai seorang wanita yang selalu dilabelkan ‘lemah’ dan sentiasa mengharapkan lelaki bernama suami sebagai bahu bersandar, beringatlah. Bukan mahu menjadi isteri yang berprasangka buruk terhadap suami, tetapi tidak salah untuk sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Persediaan untuk mengelakkan kita daripada merana, apatah lagi jika ia melibatkan anak-anak. Jangan nanti apabila diceraikan, barulah kita terhegeh-hegeh mahu mencari tempat tinggal. Waktu itulah baru nak semak baki akaun tinggal berapa? Dan, barulah sibuk bertanyakan kerja kosong.

Kredit Foto: Google

Betul, Suami Kena Lunaskan Nafkah Tapi…

Berapa lama pula proses yang harus dijalani dengan turun naik mahkamah semata-mata ada suami yang bersikap ‘dayus’ dan ‘bodoh’? Kalau dapat suami yang memang mampu memberikan nafkah selepas bercerai, baiklah nasib kamu tetapi berapa ramai bilangannya? Rata-rata, lelaki yang selepas mentalakkan isterinya bersikap lepas tangan.

Ada juga memberitahu tidak mampu kerana perlu menanggung kehidupan baru. Jadi, adakah dalam tempoh mahkamah mahu memberi kata putus itu, kamu tidak perlu makan dan minum? Tidak perlu berbelanja? Bagaimana dengan kemudahan tempat tinggal dan kereta? Sampai bila mahu menumpang rumah Mak Ayah atau adik-beradik yang lain?

Jadi, suka atau tidak, walaupun namanya isteri yang sepatutnya dalam Islam sendiri sudah menggariskan begitu banyak hak kita yang perlu dijaga, hakikatnya tidak semua mampu menunaikannya. Perempuan hari ini bukan lagi makhluk yang sepatutnya dibela dan dijaga oleh kaum lelaki. Kebanyakan lelaki sendiri tidak mampu menjaga diri mereka sendiri, jadi bagaimana kita untuk berada di bawah lindungan mereka?

Maka, berdikarilah demi melangsungkan kehidupan yang serba mencabar hari ini. Jangan sesekali kita menaruh harapan kepada sesiapa melainkan Allah yang satu.

Kredit Foto: Google

Para Isteri Kena Jaga:

  1. Kesihatan – jaga diri kita dulu, barulah kita boleh jaga suami dan anak-anak.
  2. Kewangan – jangan membazir walaupun duit suami. Beringatlah untuk punya simpanan kecemasan.
  3. Kerjaya – bukan setakat kerjaya yang makan gaji, jika tahu berniaga pun ia satu kelebihan untuk digunakan kelak.
  4. Aset – kalau dalam waktu suami tengah sayang tu, pandai-pandailah minta rumah atau kereta itu diletakkan nama bersama atau ada satu yang atas nama kamu.
  5. Hubungan – ada isteri apabila sudah punya suami yang baik dan anak-anak okey, mereka mula mengasingkan diri dari dunia luar. Kawan-kawan tidak lagi dihubungi, adik-beradik dijauhi. Sampai masa susah, baru terpinga-pinga. Maka, teruskan saja hubungan baik dengan orang sekeliling. Kita tak tahu, siapa yang akan bantu saat suami sendiri berubah hati?
Categories
Keluarga

“Kalau Rumah Macam Ni, Kuarantin Setahun Pun On!” – Kediaman Azhar Sulaiman Tarik Perhatian Netizen

Anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi suasana kuarantin di dalam kawasan rumahnya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @_anisuhailah berkongsi video Instagram Kasih yang menikmati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama keluarga tercinta.

“Ni rumah ke country club? Kalau rumah macam ni, nak kuarantin setahun pun aku on,” tulis pengguna tersebut.

Menerusi video tersebut, kelihatan Kasih bermain badminton, berenang dan berbasikal bersama adik-beradiknya di dalam kawasan rumah.

Menjadi tular di Twitter, seorang wargamaya turut berkongsi info bahawa bapa Kasih adalah Azhar Sulaiman yang merupakan seorang arkitek dan juga pelakon.

“Bapak dia Azhar Sulaiman, seorang arkitek,” kata wargamaya tersebut.

Malah, ada yang turut memaklumkan datuk Kasih merupakan salah seorang pengasas syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia.

“Dan datuk dia adalah co-founder AirAsia, Datuk Pahamin Rajab,” kata seorang wargamaya.

“Datuk dia beli tanah untuk semua anak-anak, sebab tu diorang satu keluarga duduk kat satu tempat. Rumah diorang kat Kampung Sungai Penchala,” ujar seorang wargamaya.

“Biasanya arkitek memang takkan beli rumah yang dah siap. Sama ada dia yang ubahsuai rumah tu. Ataupun beli tanah kemudian dia hasilkan karya agung seperti dalam pelan,” komen seorang wargamaya.

“Azhar Sulaiman juga finalis Hero Remaja 1990. Satu batch dengan Esma Daniel dan Badrul Muhayat,” kata seorang wargamaya.

“Bapak dia ada nak cari anak angkat lelaki tak? kalau ade roger weh,” usik seorang wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang kicau dan 6,000 tanda suka daripada warga Twitter.