Categories
Resepi

Cara Buat Mee Jawa Mudah, Pekat & Menjilat Jari. Wanita Ni ‘Belanja’ Resipi Sejak Tahun 2009 Lagi. Simple Tapi Sedap!

Rasa nak makan Mee Jawa tapi tak pandai nak buat. Meh admin Kongsikan resipi dari puan Marina Ismail. 

Simple je cara membuat, bahan pun tak banyak. Jom cuba untuk hidangan minum petang nanti.

 

Yuhuuuu…hari minggu datang lagi. Awaak masak apa arini? Mesti masak best-bestkan sebab semua ada kat rumah.

Hari ni kan Kak M nak share resepi Mee Jawa yang kak M rasa kena sangat dengan tekak kak M sekeluarga. Lama sangat dah rasanya tahun 2009 dulu, Kak M dapat resepi ni dari Yahoo Group Restoran Pak Amir. Tak tau la group ni wujud lagi ke tidak. Tapi memang puas hati dan dah banyak kali Kak M masak guna resepi ni. 

Meh tengok resepi dia. Simple je sebenarnya. Kalau nak derhaka sesikit takpe, macam nak tambah cucur udang ke kan. Kak M memang tak sempat nak menyucur bagai..hehehe. Tapi yang pasti, kuah tu kan lepas perangat banyak kali lagi umph rasa dia!

#RESEPI_MEE_JAWA

Bahan-Bahan:

1 kilo mee kuning – celur

2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan blend

1 cawan udang kering – goreng dan blend 

1 cawan udang hidup – rebus dan blend

5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)

Minyak untuk tumis

Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau 

 

Bahan Kisar (A)

15 tangkai cili kering – blend

5 ulas bawang putih – blend

8 ulas bawang merah kecil – blend

1 inci halia – blend

Sikit belacan – bakar

Bahan hiasan:

Telur rebus – potong separuh

Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecik-kecik

Cili hijau dan cili merah dihiris

Bawang goreng

Daun saderi dan daun bawang, dihiris

Taugeh – celur

Limau kasturi – belah

Blend sampai betul-betul halus.

Cara:

  1. Rebus keledek oren sampai empuk. Blend sampai betul-betul halus.

 

2. 1 cawan udang kering – goreng dan blend
1 cawan udang hidup – rebus dan blend

3.  Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia. 

4. Panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah blend dalam Bahan Kisar (A) sampai naik bau. 

3. Masukkan udang-udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati. 

4. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih tu kan masukkan keledek yang dah di blend. 

5. Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tu tambahkan je air.

6.  Masukkan gula melaka. Last sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya Kuah mee jawa ni agak manis sket. Kita adjust2 je ikut kesukaan kita.

7. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih tu kan masukkan keledek yang dah di blend.

 

Cara nak hidang: 

Masukkan mee yang dah kita celur tu dalam mangkuk. Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.

Curahkan je 1 atau 2 senduk kuah kat atas mee. Letak la telur rebus yang dah potong kat atas. Last sekali tabur daun saderi ngan daun bawang. Ehh lupa plak letak jugak limau kasturi. Dah boleh hidangkan dah yeayyy!

Categories
Resepi

Apam Nasi, Boleh Cuba Buat Dengan Resipi Ni. Pasti Puas Hati Menikmatinya!

Jika ditanya, apa menu lain yang boleh disediakan andai ada lebihan nasi? Mungkin jawapan paling popular adalah nasi goreng. Pun begitu andai inginkan kelainan, apa kata sediakan menu apam nasi ini.

Menyediakannya juga mudah dan pastinya anak-anak teruja untuk menjamahnya. Jom semak perkongsian resipi ini.


Resipi Apam Nasi

bahan-bahan:

1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air suam
3/4 cawan gula halus
(Blend 3 benda ni)
Kemudian masukkan
1 cawan tepung Beras (saya guna cap JATI)
1 cawan tepung gandum (saya guna cap FAIZA)
1 sudu besar yis mauripan
(Kacau sebati)
Akhir sekali masukkan
Setengah sudu kecil garam halus
(Kacau sebati)

Peram setengah jam – 1 jam
(Dalam bekas bertutup rapat)

 

Cara memasaknya:

Tuang dalam acuan yang dah disapu dengan minyak.
Kukus selama 15 min (pastikan air sudah mendidih baru letak adunan untuk dikukus)

Selamat mencuba

Categories
Keluarga

Potong Kuku Suami Nampak Biasa Aje, Tapi Inilah Antara Bonding Penguat Kasih Suami Isteri.

Apabila menyentuh mengenai bonding dengan suami isteri, tidak perlu masa yang khas, sebenarnya ada rutin kehidupan yang boleh jadi bonding bersama suami tanpa kita sedar.

Sebagaimana perkongsian oleh saudara Muhammad Hassan katanya, berpendapat, bonding hanya potong kuku atau makan bersama adalah penguat kasih suami isteri.

Malah, amalan orang tua-tua dulu adalah bonding paling kuat yang boleh dijadikan teladan. Berbanding sekarang segelintir suami isteri sibuk dengan gajet.

Ikuti perkongsiannya.

BONDING POTONG KUKU

Untungkan orang tak sihat. Balik dari oustation makan terhidang atas meja,sup sayur,ikan kerisi kegemaran saya.

Baru je nak makan tiba tiba wife cakap jangan makan dulu. Meh sini jari tu nak potong kuku.

Ya Allah. Rupanya kuku saya dah macam pontianak. Malu weh bila kuku panjang kena tegur kat wife. Patutlah wife pandang semacam je sebelum makan.

Time makan tu,wife layankan apa yang saya nak makan. part ini saya mula sebak. teringat mak layan ayah dulu. mak tengok je ayah makan,ayah ajak makan pun mak tak makan,nak bagi suami dia betul betul kenyang,barulah mak makan.

ORANG DULU BONDING KUAT

Orang dulu bonding mereka kuat. Betul betul mereka layan pasangan. Bila bercakap beri tumpuan,ada interaksi antara mereka. Bersembang,senyum,sedang makan tu sempat lagi bermanja,siap bersuapan lagi.

Zaman ini waktu makan still lagi mengadap screen. Main HP,makan depan TV. Tangan sumbat nasi,tapi mata kat screen. Sedangkan waktu makan itu adalah masanya untuk kita bercakap dengan keluarga. So please ubah semua itu.

ORANG SEKARANG SIBUK BONDING DENGAN GAJET

Zaman sekarang,15 minit itu sangat berharga jika kita betul betul beri tumpuan kepada keluarga berbanding 24 jam dirumah tetapi banyak masa dengan gadget,depan tv.

Akhirnya hubungan jadi toksik. Bercakap pun dalam hal hal penting sahaja. Paling teruknya bercakap sebab gaduh. Buka mulut je gaduh,tutup mulut tapi mata depan tv,layan gadget. Anak anak layan game,layan kehidupan mereka sendiri.

Tiada lagi senyuman,gelak tawa,riuh rendah dalam rumah. Sedangkan kita perlu setiap hari bercakap dengan positif,ada rasa simpati terhadap pasangan dan keluarga,ada masa nak bergurau dengan isteri dan anak anak.

KENA UBAH CARA HIDUP

Apabila isteri stres,anak anak akan dibesarkan dalam suasana stres. Maka anak anak akan kesunyian. Sebab itu tidak pelik jika ada kanak kanak juga mengalami masalah mental.

Hari ini,perlunya masa emosi untuk keluarga. 1 jam itu betul betul fokus melayani keluarga. Tiada HP,tiada TV,tiada urusan kerja. Bagi attention kepada pasangan. Dengar cerita mereka,dengar rasa hati mereka,banyakkan buat sentuhan kepada mereka,selalu beri senyuman atau flying kiss kepada pasangan.

Peluk eret isteri,paling kurang kena peluk pasangan 5 kali sehari,ya 5 kali,tak percaya buatlah. Layan isteri dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w seorang pemimpin dunia,namun Nabi s.a.w akan jadi seorang suami apabila bersama dengan isteri isteri baginda.

Potong kuku pasangan beri bonding yang sangat kuat,rindu sangat sangat moment ini. Disitu ada sentuhan,sentuhan sampai ke hati. Tatap wajah pasangan,renung dalam mata dia,rupanya ada seribu bahasa kasih sayang dan cinta. Dari situlah hati akan tenang melihat pasangan.

Rupanya nak isteri itu tenang,suami wajib bina bonding terhadap pasangan. I love u,i miss u, usap jari,pegang bahu ini adalah ucapan dan perbuatan yang sangat mahal yang kadang kadang kita terlepas pandang.

Bina cinta,bina bahagia insyaallah ketenangan itu akan datang.

Categories
Agama

Sujud Terakhir Dalam Solat Biasanya Lebih Lama Sebab Berdoa. Amalkan, Manfaatnya Luar Biasa!

Seringkali bila sujud yang terakhir ada yang melakukannya dalam tempoh yang agak lama berbanding sujud sebelumnya. Mungkin ini menimbulkan tanda tanya dan tahukah anda, umumnya sujud yang lama itu akan dibaca berserta dengan doa.

3 DOA LUAR BIASA

Bacalah 3 Doa Ini Ketika Sujud Terakhir Dalam Sholat, Manfaatnya Luar Biasa. Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud.

 

1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah

“Allahumma inni as’aluka husnal khotimah”

2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat

“Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut”

Artinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya

“Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika”

Artinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”

 

Dan ini pula penerangan lanjut daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Hukumnya ialah berdoa disunatkan dalam semua sujud dan tidak hanya khusus dalam sujud terakhir. Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء

Maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).”

Riwayat Muslim dan al-Nasaie.

Dibolehkan untuk memperbanyakkan doa sama ada secara lisan ataupun dalam hati. Terdapat khilaf untuk menggunakan bahasa selain Arab untuk berdoa secara lisan. Yang terpilih ialah berdoa menggunakan bahasa Arab secara lisan. Adapun menggunakan bahasa Melayu contohnya, maka cukuplah di dalam hati. Tetapi yang paling afdal, ikutilah sunnah Rasulullah SAW.

Wallahuaʿlam

Categories
Berita Keluarga

Siapa Pun Wanita Kau Pilih, Dia Tulang Rusukmu Yang Akan Setia Susah & Senang. Maka Hargai Mereka Selayaknya Bidadari Duniamu

Sesungguhnya bukan mudah menjadi suami yang prihatin yang memimpin keluarga. Besar tanggung jawab yang dipikul. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi barah kepada isteri. Hargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Sesekali jadikan bahu anda tempat sandaran isteri meluahkan rasa.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah anggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Jika anda tidak suka isteri melakukan sesuatu perkara yang anda sendiri kurang senangi, demikian juga mereka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

Buat anda yang bergelar suami dan lelaki amnya, hadamkan pesanan  dari saudara Ade Azhar Ismail ini baik-baik. Moga bermanfaat untuk keharmonian rumah tangga anda.

 

Kalau kau pilih wanita yang punya karier sendiri, kau kena akur bahawa dia tak boleh uruskan rumahtangga sepenuh masa.

Kalau kau pilih wanita tanpa kerjaya sebagai suri hatimu, jangan merungut jika segala perbelanjaan dan komitmen rumahtangga tergalas atas bahumu.

Kalau kau pilih wanita yang tidak berdikari, kau kena tahu bahawa dia akan bergantung kepadamu.

Kalau kau pilih wanita yang berani dan lantang bersuara, kau jangan marah jika dia keras kepala dan berani berdebat denganmu.

Kalau kau pilih wanita yang cantik bergaya, kau kena terima yang dirinya high maintainance. Perlu belanja yang besar untuk kekalkan kecantikannya.

Kalau kau pilih wanita yang berpendidikan tinggi, kau jangan terkejut kalau dia tegas dengan pendiriannya.

Siapa pon wanita yang kau pilih, dia adalah tulang rusukmu yang akan setia dalam susah dan senangmu.

Maka hargailah mereka selayaknya bidadari duniamu.

Sumber: FB Ade Azhar Ismail

Categories
Berita

PATI sudah dihalau, belia ditawar RM2,400 sebulan kerja di Pasar Borong KL

Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menawarkan peluang pekerjaan di Pasar Borong Kuala Lumpur kepada golongan belia menganggur dengan gaji sebanyak RM2,400 sebulan.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata khidmat pekerja tempatan di pasar borong adalah diperlukan memandangkan jumlah pekerja tidak mencukupi berikutan warga asing tidak dibenarkan bekerja di sana.

“Kami sedang memikirkan untuk membawa belia kita untuk bekerja dengan kaedah baharu, dalam suasana lebih baik dengan keperluan tempat tinggal dan pengangkutan akan diatur, terutamanya apabila pasar borong moden siap diubah suai.
“Jika sebelum ini warga gelandangan ditawar gaji sekitar RM1,400 hingga RM1,600 dalam sektor perkilangan, saya berunding (untuk gaji) sehingga RM2,400 kepada mereka yang mahu bekerja di pasar borong,” katanya.

Selain itu, pihaknya telah mengenal pasti beberapa tapak di sekitar ibu kota bagi membina kafetaria, gazebo, warung kecil atau kedai, selain pondok bas dan stesen LRT untuk menyediakan peluang perniagaan kepada golongan muda.

“Sebelum ini, kami telah berjaya mendapatkan peluang pekerjaan kepada warga gelandangan dan kali ini ramai golongan muda hilang pekerjaan dan menganggur akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka kini kami tampil untuk membantu mereka pula,” ujarnya.

Pihaknya juga sedang merancang untuk menawarkan skim ‘sewa dan beli’ kepada golongan muda B40 berusia 35 tahun ke bawah untuk memiliki rumah pertama mereka.

“Sebanyak 1,000 unit rumah tiga bilik akan ditawarkan sewa bulanan sekitar RM800 hingga RM850 kepada mereka sementara menunggu siapnya pembinaan rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah.
“Mereka boleh sewa untuk tempoh beberapa tahun, selepas itu bila kami siapkan rumah mampu milik itu, mereka boleh beli rumah itu dan sebahagian daripada sewa akan dikembalikan kepada mereka sebagai rebat untuk kegunaan deposit,” katanya.

Sumber : Bernama

Categories
Berita Resepi

Patutlah Ramai Share Puding Milo Oreo Ni. Memang Sedap Gila!

Perkongsian yang sungguh menarik untuk para ibu mencuba resepi membuat puding.

 

Kepada yang ingin mencuba puding milo oreo boleh ikuti resepi ini. Memang sedap resepi.

Ramai pula yang request Resipi Puding Milo Oreo. Ok ini dia resepinya ?
Bahan – bahan :
1 pek 10gram agar agar clear.
4 cawan air.
1/2 cawan gula pasir (sepatutnya 1 cawan tapi tak suka manis).
1 tin susu cair.
1 pek oreo tak perlu buang cream tengah.
1 cawan milo.
Cara – cara :

  1. Larutkan agar agar dengan air di atas api perlahan. Setelah larut masukkan gula. Dan kacau sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan susu cair. Kacau sehingga mendidih.
  3. Asingkan dua cawan ke periuk lain (untuk lapisan putih). Manakala baki di dalam periuk tadi masukkan milo dan
    kacau lagi.
  4. Tuang separuh adunan milo ke dalam acuan puding. Saya pakai bekas taufufa aje.
    © Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group
  5. Tunggu sehingga layer atas keras kemudian buat cakaran nipis di atas layer milo pertama sebab nk kasi letak layer
    kedua. dan tuang semua adunan putih tadi. Kemudian patah kan biskut oreo kepada dua dan susun di atas layer
    putih.
  6. Lepas layer putih dah keras, masukkan baki layer milo atas sekali. Ada tiga lapisan semua nya . Agak agak dah
    suam, masukkan dalam peti ais dan ready untuk makan bila dah keras.

    P/s : Jangan lupa selawat dan kacau lawan arah jam.