Categories
Keluarga

“Kalau Rumah Macam Ni, Kuarantin Setahun Pun On!” – Kediaman Azhar Sulaiman Tarik Perhatian Netizen

Anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi suasana kuarantin di dalam kawasan rumahnya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @_anisuhailah berkongsi video Instagram Kasih yang menikmati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama keluarga tercinta.

“Ni rumah ke country club? Kalau rumah macam ni, nak kuarantin setahun pun aku on,” tulis pengguna tersebut.

Menerusi video tersebut, kelihatan Kasih bermain badminton, berenang dan berbasikal bersama adik-beradiknya di dalam kawasan rumah.

Menjadi tular di Twitter, seorang wargamaya turut berkongsi info bahawa bapa Kasih adalah Azhar Sulaiman yang merupakan seorang arkitek dan juga pelakon.

“Bapak dia Azhar Sulaiman, seorang arkitek,” kata wargamaya tersebut.

Malah, ada yang turut memaklumkan datuk Kasih merupakan salah seorang pengasas syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia.

“Dan datuk dia adalah co-founder AirAsia, Datuk Pahamin Rajab,” kata seorang wargamaya.

“Datuk dia beli tanah untuk semua anak-anak, sebab tu diorang satu keluarga duduk kat satu tempat. Rumah diorang kat Kampung Sungai Penchala,” ujar seorang wargamaya.

“Biasanya arkitek memang takkan beli rumah yang dah siap. Sama ada dia yang ubahsuai rumah tu. Ataupun beli tanah kemudian dia hasilkan karya agung seperti dalam pelan,” komen seorang wargamaya.

“Azhar Sulaiman juga finalis Hero Remaja 1990. Satu batch dengan Esma Daniel dan Badrul Muhayat,” kata seorang wargamaya.

“Bapak dia ada nak cari anak angkat lelaki tak? kalau ade roger weh,” usik seorang wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang kicau dan 6,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *