Categories
Keluarga

Bawa teman lelaki jumpa mak ayah, pemuda jadi imam untuk keluarga kekasih

Setiap pasangan yang bercinta pastinya mahu mengakhiri hubungan mereka dengan membina sebuah perkahwinan yang bahagia. Sebelum melangkah ke peringkat seterusnya, para pasangan kebiasaannya terlebih dahulu meminta restu daripada keluarga agar kehidupan yang dibina lebih berkat dan bahagia.

Di Twitter, seorang gadis berkongsikan keterujaan apabila keluarga terutamanya ibu bapanya berbesar hati untuk berkenalan dengan pemuda yang berjaya menambat hati anak gadis mereka.

“Mama teruja jumpa bakal menantu…”

Lebih mengujakan dan meraih perhatian ramai, teman lelaki gadis ini bukan sekadar bertemu dengan ibu bapanya sahaja malah pemuda itu juga turut mengimamkan keluarga kekasihnya ketika solat berjemaah bersama-sama.

Harap ramai dapat sesuatu dari pengalaman mereka

Berkongsikan pengalaman indah ini di laman Twitter, walaupun masih berusia 19 tahun ini berharap agar orang lain boleh belajar sesuatu daripada hubungan mereka berdua.

Turut meninggalkan pesanan untuk kaum lelaki, soal agama adalah perkara yang penting untuk diketengahkan.

Nak jodoh baik, ubah diri jadi lebih baik dulu…

Nak bawa anak gadis orang, pastikan sudah siap sedia

“Comelnya teman lelaki jadi imam…”

Sudah tentunya, di ruangan komen ramai yang dilihat turut merasa teruja dengan layanan yang diberika oleh keluarga gadis tersebut kepada teman lelaki anaknya.

Bertuahnya! Semoga sampai ke jinjang pelamin

Tahniah jumpa lelaki macam ni, bukan senang nak jumpa…

Perkongsian gadis yang memaparkan teman lelaki menjadi imam kepada keluarganya, sehingga kini telah meraih hampir 4,000 ulang kicau dan lebih 10,600 tanda suka dalam kalangan netizen.

Sumber: Twitter. 

Categories
Keluarga

Adik-Beradik Kena Ada BONDING TIME Walau Semua Dah Berkeluarga – Erat Hubungan, Tiada Rasa Tepinggir.

Kak Long, Abang Angah, Acik, Anjang dan Ucu; kita semua adik-beradik yang lahir daripada rahim Ibu yang sama dan dibesarkan oleh Ayah yang satu. Kita habiskan masa di sebuah rumah, berkongsi makan dan mium juga aktiviti serupa. Kita dididik dan dibesarkan dengan gaya tidak banyak beza. Kalau dulu, selalu berlanggar bahu, bertentang mata dan bergelak-tawa tanpa perlu sukatan waktu.Namun, kini setelah semua membawa diri melangkah keluar dari rumah itu, kenapa sukar benar untuk kita bertemu? Masa sentiasa mencemburui dek alasan sibuk kerja, komitmen keluarga, pemisah jarak dan pelbagai lagi jurang yang semakin hari semakin dalam. Walau namanya adik-beradik, tetapi hubungan kita tidak lagi seperti dulu, kemesraan semakin tawar, saat bertemu kita bagaikan tersegan-silu seperti orang luar. Inilah puncanya apabila memori kian pudar dan bertanya khabar pun sudah tak biasa.

Kredit Foto: IG Nora Danish

‘Bonding Time’ Cara Terbaik Merapatkan Hubungan

Hanya inilah cara terbaik untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Walau dihambat waktu yang sangat mencemburui, usahakanlah untuk meluangkan sedikit waktu berkualiti bersama keluarga yang disayangi, yang tidak mungkin dapat dicari-ganti. Ingatlah, ajal dan usia seseorang itu juga tidak dapat diramal selama mana, rebut peluang saat adik-beradik masa ada agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Dalam sesebuah keluarga pasti ada adik-beradik yang jenis pasif dan tidak pandai untuk memulakan sesuatu aktiviti atau rancangan. Wakilkanlah diri sendiri untuk ‘memulakan’. Jadilah organiser yang sudi untuk merancang aktiviti bersama keluarga itu walaupun mungkin kamu akan rasa ‘asyik aku je’. Tidak mengapa, anggap saja inilah amal jariah untuk kamu sebagai penguat silarutahim. Mana tahu, nanti Tuhan beri rezeki yang lain sebagai ganjaran. Jangan hanya tunggu orang lain yang mulakan.

Masanya Bertanya Khabar Secara ‘Real’

Ya, inilah juga antara masanya untuk bertanya khabar adik-beradik yang lain. Benar, zaman sekarang ada macam-macam cara untuk berhubungan melalui media sosial, aplikasi Whatsapp, Video Call dan sebagainya, namun ia tidak akan sama dengan dapat bersua mata, bersalaman, berpeluk dan bercium sesama adik-beradik. Ini masa terbaik untuk meluahkan segala perasaan secara ‘real’. Bukan sekadar bertukar emoji di alam maya.

Di sinilah peluangnya untuk bertanya khabar adik-beradik yang bermasalah, kurang sihat atau tidak berkemampuan. Apabila ini berlaku, soal ada yang terasa hati atau terpinggir dapat dielakkan. Hubungan dieratkan dan semakin mesra walau jarak memisahkan. Kita juga dapat mengetahui perkembangan terkini keluarga yang lain; anak-anak saudara, ipar-duai dan yang lain-lainnya. Masanya juga dapat berkongsi pendapat dan bertukar-tukar buah fikiran.

Jika ada sesuatu isu timbul dalam keluarga, bermesyuaratlah tempat terbaik mendapatkan kata sepakat. Contohnya hal penjagaan ibu ayah, adik-adik yang mahu menyambung pengajian atau pembahagian harta pusaka sebagai contoh. Ia lebih telus dan berkesan daripada membincangkannya di alam maya sahaja. Dari sini juga, kita dapat melihat reaksi sebenar adik-beradik jika sesuatu permasalahan timbul.

Saranan ‘Bonding Time’ Yang Menarik

  1. Family’s Day

-ini antara aktiviti yang selalu dilakukan oleh kebanyakan keluarga. Siap ada yang menempah baju seragam dan penginapan dan sebagainya.

  1. Makan-Makan Keluarga

-sama ada makan di rumah dengan cara memasak gotong-royong atau makan di luar. Tidak kisah asalkan sahaja dapat mengumpulkan semua anggota.

  1. Berkenduri-Kendara

-kenduri atau majlis tertentu adalah tempat yang selalu menghimpunkan anggota keluarga. Namun, ia mungkin agak terhad untuk berbual apabila dihadiri oleh tetamu lain juga.

  1. Hang Out

-jika tiada masa untuk diperuntukkan dengan percutian yang berhari-hari, hang out untuk beberapa jam di kafe atau lokasi riadah juga sudah memadai untuk menyemai kemesraan.

  1. Picnic atau Berkelah

-memang seronok jika sesekali dapat berkelah dengan adik-beradik. Buat barbeque atau steamboat di tepi air terjun atau taman rekreasi, pasti menggamit nostalgia.

  1. Membeli-belah

-ini pastinya untuk adik-beradik perempuan yang berkongsi minat yang sama. Mengapa tidak? Yang berkemampuan mungkin boleh belanja adik-beradik yang tidak berapa ada.

  1. Solat Jemaah

-inilah bonding time yang terbaik sebenarnya. Solat jemaah beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa dan yasin, pasti tenang.

Categories
Keluarga

Seronoknya Ramai Adik-Beradik Perempuan — Boleh Kongsi Barang, Membawang, Kawan Gaduh Pun Ya Juga!

Categories
Keluarga

“Kalau Rumah Macam Ni, Kuarantin Setahun Pun On!” – Kediaman Azhar Sulaiman Tarik Perhatian Netizen

Anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi suasana kuarantin di dalam kawasan rumahnya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @_anisuhailah berkongsi video Instagram Kasih yang menikmati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama keluarga tercinta.

“Ni rumah ke country club? Kalau rumah macam ni, nak kuarantin setahun pun aku on,” tulis pengguna tersebut.

Menerusi video tersebut, kelihatan Kasih bermain badminton, berenang dan berbasikal bersama adik-beradiknya di dalam kawasan rumah.

Menjadi tular di Twitter, seorang wargamaya turut berkongsi info bahawa bapa Kasih adalah Azhar Sulaiman yang merupakan seorang arkitek dan juga pelakon.

“Bapak dia Azhar Sulaiman, seorang arkitek,” kata wargamaya tersebut.

Malah, ada yang turut memaklumkan datuk Kasih merupakan salah seorang pengasas syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia.

“Dan datuk dia adalah co-founder AirAsia, Datuk Pahamin Rajab,” kata seorang wargamaya.

“Datuk dia beli tanah untuk semua anak-anak, sebab tu diorang satu keluarga duduk kat satu tempat. Rumah diorang kat Kampung Sungai Penchala,” ujar seorang wargamaya.

“Biasanya arkitek memang takkan beli rumah yang dah siap. Sama ada dia yang ubahsuai rumah tu. Ataupun beli tanah kemudian dia hasilkan karya agung seperti dalam pelan,” komen seorang wargamaya.

“Azhar Sulaiman juga finalis Hero Remaja 1990. Satu batch dengan Esma Daniel dan Badrul Muhayat,” kata seorang wargamaya.

“Bapak dia ada nak cari anak angkat lelaki tak? kalau ade roger weh,” usik seorang wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang kicau dan 6,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Categories
Keluarga

Sakitnya RINDUKAN MAK Yang Dah Tiada — Rindu Bau Mak, Air Tangannya, Tiada Siapa Lagi Sambut di Pintu Rumah…

 

Pengalaman kehilangan ibu bukanlah pengalaman luar biasa bagi kebanyakan orang kerana setiap daripada kita pasti telah, sedang atau akan melaluinya. Namun, hari ini penulis terdetik mahu mengangkat kisah penulis sendiri yang kehilangan tempat bermanja sejak 11 tahun lalu atas kerinduan yang datang tiba-tiba usai solat subuh pagi tadi.

 

Siapa yang pernah melaluinya sahaja tahu bagaimana rasa sakitnya itu? Tambahan pula apabila ibu itu pergi dalam keadaan kita belum puas menikmati kasih-sayangnya, tidak sempat membahagiakannya, memberi dia rasa wang hasil titik peluh kita, tidak sempat membalas jasanya dan perginya dalam keadaan tanpa tanda.

 

Bulan lepas penulis dijemput menghadiri acara di luar Kuala Lumpur, iaitu Guardian Healthy & Beauty Media Retreat. Ia sebenarnya sebuah acara biasa yang penulis selalu hadiri sebelum ini. Namun, ada sesuatu yang ‘luar biasa’ pada salah satu sesi yang mereka atur di awal acara.


Kredit foto: Google 

Sebaik tiba di situ, kami diberi ruang untuk suai kenal. Menariknya, acara ini mengkehendaki setiap kami tampil ke depan untuk menceritakan persoalan yang telah diberi untuk setiap orang. Lain orang, lain soalannya. Jadi untuk penulis, soalannya berbunyi; “What is your biggest challenge in life and what did you learn from it?

 

Kami diberi masa untuk memikirkan apakah jawapan yang ingin kami kongsi dalam masa tiga minit sahaja. Dan, waktu itu penulis terfikirkan dua perkara; walaupun hakikatnya sepanjang 35 tahun ini penulis melalui banyak cabaran hidup tetapi yang dua ini kiranya paling ‘agung’ cabarannya.

 

Penulis terfikir antara dua momen ini; diduga 10 tahun perkahwinan tanpa zuriat dan akhirnya melakukan IVF atau berkongsi pengalaman duka kehilangan arwah Mak?

 

Namun, entah kenapa sebaik dipanggil ke depan, cerita yang keluar daripada mulut penulis adalah cabaran awal kehilangan Mak dan penulis boleh bercerita dengan jujur dan lancar bagai air mengalir sehinggakan ada anatara peserta di depan penulis turut mengalirkan air mata.

Ini  bukan drama, inilah realitinya hati yang remuk saat kehilangan susuk bernama MAK!

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman 

 

Kenapa Hilang Mak Itu Sangat Mencabar?

Kerana Maklah orang pertama yang kita kenal, dia beri kita ‘nyawa’, dia umpama ‘malaikat’ yang membawa kita ke dunia setelah dipinjamkan oleh yang di atas sana. Dialah insan yang paling jujur menyayangi kita tanpa sebarang syarat atau tuntutan. Dia susuk yang tidak perah ada benci atau dendam kepada anaknya.

 

Kita hidup di dunia ini kerana dia. Jadi, saat kehilangannya, kita akan rasa hilang separuh jiwa. Hidup bagai melayang-layang di awangan. Tidakkah itu cukup mencabar untuk kita lalui detik seterusnya tanpa dia yang bernama Mak?

 

Walaupun arwah pergi pada usia penulis sudah 23 tahun, setahun selepas penulis berkahwin, namun ia tidak cukup membuatkan penulis merasai kekuatan untuk mendepaninya. Puas? Belum puas dan tak mungkin puas untuk hidup bersama Mak. Tambahan pula waktu itu penulis baru sahaja menamatkan pengajian dan baru setahun juga memulakan pekerjaan tetap.

 

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman 

Kali Terakhir Ziarah Penulis, Mak Hadiahkan Buku Yassin

Sampai sekarang penulis masih simpan buku bacaan yassin dan tahlil yang diberikan Mak pada kali terakhir arwah Mak mengunjungi rumah penulis di Kuala Lumpur. Mak memang kerap juga ke sini kerana hanya penulis, anaknya yang mengembara jauh menjadi perantau.

 

Masih terngiang-ngiang dalam kotak memori, penulis mengambil Mak di Pudu Raya. Waktu itu Mak dari Melaka menguruskan hal rumah pusakanya. Kemudian, singgah di Kuala Lumpur sebelum mahu pulang ke rumahnya di Perak. Selalunya, Mak tidak tergesa-gesa mahu balik kalau sudah sampai di rumah penulis.

 

Tetapi, pada kali terakhir itu katanya dia mahu singgah sekejap sahaja kemudian lekas hantar dia pulang ke Perak. Kata penulis rehatlah dulu, malam baru kita balik kerana menunggu suami penulis yang belum habis kerja. Berkali-kali dia renung ke jam di dinding dan bertanya bila nak balik?

 

Resahnya kali ini lain macam.

 

Ketika menyerahkan buku yassin yang penulis ceritakan tadi, arwah kata; “Ini Mak beli kat atas bas tadi. Ada budak tu minta derma dan Mak beli ni untuk kamu. Rumah kamu ni tak ada langsung surah yassin.”

 

Kebetulan penulis baru pindah di situ, memang tidak adalah menyimpanya di rumah lagi.

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman 

Mak Sakit Tak Lama, Doanya Tidak Mahu Susahkan Anak

Benar. Mak selalu kongsi dengan penulis, di dalam doanya setiap waktu, Mak tidak mahu mati dalam tiga keadaan; mati kemalangan jalan raya, mati sakit yang lama dan mati susahkan anak-anak. Subhanallah, doa Mak dimakbulkan.

 

Mak pergi tidak sampai sebulan sakit. Dan, sakit Mak pun tidak menyusahkan anak-anak. Kami, adik-beradik pun tidak puas menjaga dan berbakti kepadanya. Tambahan pula, penulis duduk jauh. Lagilah penulis terasa, kerana hanya beberapa kali sahaja sempat tukarkan lampinnya, sikat rambutnya dan suapkan makan ke mulutnya.

 

Bertambah ralat apabila tidak dapat ‘mengadap’ saat arwah menanti sakaratulmautnya. Tidak dapat membisikkan kata-kata akhir. Tidak berpeluang mengajarnya mengucap di telinganya. Allah…

 

Pada hari kematiannya di wad ICU, abang penulis menghubungi penulis pada jam enam pagi, hari Rabu (sehari selepas penulis balik ke Kuala Lumpur selepas melawat Mak di hospital). Luluhnya hati, berdentum jantung saat abang bersuara terketar-ketar, “Mak dah tak ada…” Serentak itu, sayup-sayup kedengaran azan subuh berkumandang.

 

Innalillahi wa inna ilayhi raji’un Waktu itu rasa seperti langit runtuh. Bumi bergoncang. Badan menggeletar. Suami yang berada di sebelah bingkas bangun, peluk dan hanya mampu suruh bersabar, sabar, sabar.. Insyallah, Mak berada di tempat yang sangat baik sekarang.

Kredit foto: Afiza Kamarulzaman 

Rasa Tak Percaya, Di Dalam Liang Lahad Itu Jasad Mak

“Lekas anak-anak siapa nak cium arwah Mak?”

 

Seorang demi seorang lapan anak Mak datang kepada jenazah Mak yang sudah berkapan sempurna. Kak Long, arwah Kak Ngah, Kak Lang, arwah Abang Zamani, Kak Aju, Kak Ayu, Abang Feros dan penulis yang bongsu. Diikuti cucu-cucu Mak. Air mata dan esakan kami adik-beradik sayup-sayup memenuhi ruang tamu rumah Mak yang selama ini menjadi tempat membesar kami adik-beradik yang akan Mak tinggalkan sebentar lagi.

 

Puas kami cium dahi, pipi dan kedua tapak kaki Mak. Wangi bau Mak, sejuk dahi Mak. Cantiknya Mak mahu menemui pencipta-Nya. Wajah Mak bersih bagai berbedak. Saat menghantar Mak keluar dari pintu rumah, hati rasa sangat berat untuk melepaskan Mak keluar dari rumah itu.

 

Mak, ini rumah Mak. Mak besarkan anak-anak Mak sendiriankan selepas arwah Ayah pergi waktu anak-anak Mak masih kecil? Mak besarkan lapan anak Mak tanpa suami. Mak yang tiada pencen, tiada harta, tiada pelajaran. Banyak kenangan Mak di rumah ini, kenapa Mak nak tinggalkan kami juga? Kosong rumah ini nanti, Mak. Kosong…

 


Kredit foto: Afiza Kamarulzaman 

 

Rumah Mak Kosong Tapi Doa Untuk Mak Penuh Selalu

Dan, walaupun sudah 11 tahun Mak pergi, kekosongan itu tidak akan ada isinya walau dengan apa cara sekali pun. Walaupun kami adik beradik cuba mewujudkan kemeriahan di rumah Mak.

Berkumpul untuk menggamit kenangan. Makan-makan, borak-borak di rumah Mak, namun ia tetap tidak sama, Mak tanpa ‘tiang serinya’ yang bernama Mak.

 

“Mak, orang balik pertama kali masa Mak dah tak ada hari tu, rasa lain sangat, Mak. Hanya abang Feros yang ada tunggu di rumah itu, Mak. Tapi tak sama, Mak. Tiada lagi Mak yang sambut orang depan pintu.

Orang dah tak panggil, ‘Mak, masak apa?’. Dah tiada lagi bau masakan Mak dari dapur. Dah tiada lagi susuk Mak yang baring-baring di atas sofa panjang menunggu waktu Zohor.

Sofa itu kosong, Mak. Dan, bila nak balik semula ke KL, tiada lagi tangan berkedut untuk orang salam. Tiada lagi tangan untuk orang selitkan not duit yang tak seberapa itu.

Tiada lagi bekalan makanan Mak untuk dibawa pulang yang boleh disimpan berbulan-bulan di peti sejuk beku. Allah, dugaan apakah ini? Sakit sungguh…”

 


Kredit foto: Afiza Kamarulzaman 

 

Mak, Tunggu Kami di Sana Ya…

Pujuk suami, “Mak awak baik. Bekalan yang dibawa banyak di sana, Insya-Allah. Arwah tak pernah tinggal solat wajib, rajin buat tahajud lagi, mengaji hari-hari. Pahala dia besarkan awak adik-beradik pun tak terhitung banyaknya. Jangan sedih. Dia berada di tempat yang lebih baik di sana dari di sini…”

 

Bukan apa, penulis hanya ralat tidak sempat membahagia dan ‘memewahkannya’ kerana waktu itu pun penulis baru mahu memulakan hidup. Yang dapat pun, hanya huluran wang tidak seberapa dan bawanya berjalan sikit-sikit. Kesian arwah, masa hidupnya sangat susah.

 

Masanya dihabiskan dengan membesarkan anak-anak. Tiada masa untuk berjalan atau membeli apa yanng dia suka. Penat arwah cari duit. Macam-macam kerja dibuatnya. Pernah kerja cuci pejabat, jadi orang gaji, jual nasi lemak, ambil upah cuci baju, demi menyuapkan anak-anak yatim di rumah itu.

 

Kesian arwah. Selesai semua anak-anaknya dibesar dan disekolahkan, apabila arwah pasti semua anak-anaknya sudah ada kehidupan sendiri, arwah pun bersiap-siap untuk pergi meninggalkan anak-anaknya. Pergi ke negeri abadi untuk berehat sendirian…

 

“Insya-Allah, arwah tidak dapat kesenangannya di sini, Allah berikan yang lebih hebat lagi di sana” ujar suami lagi.

 

Hanya itulah doa kami, anak-anak di sini. Kalau kami tidak dapat menyenangkan Mak di dunia, semoga Allah berikan segala yang Mak tidak dapat di sini, Mak akan miliki di sana nanti. Mak, kami sayang Mak. Hanya kalau Mak dapat bacar artikel ini, Mak. Kami jarang mengucapkannya terus kepada Mak, tapi percayalah Mak jauh di lubuk hati kami, Maklah wira hidup kami dunia akhirat. Maklah pejuang yang paling hebat berjuang sepanjang kehidupan Mak tanpa suami dalam membesarkan anak-anak.

 

Terima kasih Mak. Mak okey-okey kan di sana? Ada dua anak Mak yang akan menarik Mak ke syurga nanti. Mak kehilangan anak pertama selepas empat hari di lahirkan, dan seorang lagi anak lelaki cacat yang Mak jaga hampir 15 tahun.

 

Mak tunggu, kami ya. Kita berkumpul di sana nanti. Insya-Allah.

 

Dan, kamu masih ada Mak Ayah, kan? Kamu tahu apa yang patut kamu lakukan sebelum mereka dijemput pulang? Ambil kisah ini sebagai iktibar bahawa ada kekesalan dan ralat yang tidak dapat ditebus walau dengan apa cara sekali pun.

 

Maka, hargailah, peluk, sayangi dan korbankanlah apa sahaja untuk ibu dan ayah selagi Allah masih panjangkan tempoh ‘pinjaman’ itu kepadamu.

 


Kredit foto: Afiza Kamarulzaman 

Categories
Keluarga

Dah Kahwin Pun Kena ‘Dating’? – Mestilah! Barulah Kehidupan Suami Isteri Tak ‘Boring’ dan Lebih Menghargai Satu Sama Lain

Kalau zaman bercinta dahulu, bukan main sakan lagi ke hulu hilir ya? Kata orang bagaikan belangkas! Kiranya kalau sehari tak jumpa cinta hati tu, boleh angaulah jadinya. Gila bayang, tidur tak lena, makan tak kenyang. Pendek kata semua serba tak kena.

Kredit Foto: Google

Dan selepas berkahwin, kebanyakan pasangan tidak lagi mempraktikkan rutin ‘dating’. Mungkin ada yang memberi alasan sibuk bekerja dan anak-anak tiada siapa yang boleh dijaga. Mungkin perkara ini tampak remeh dan kecil tetapi impaknya besar dalam kelestarian hubungan suami isteri. Malah penting untuk diambil kira kerana banyak kelebihannya bagi pasangan suami isteri. Nak tahu kenapa?

  1. ‘Refresh’ Emosi

Ya, emosi memainkan peranan penting dan punya impak besar dalam sesuatu perhubungan. Khususnya bagi mereka yang sibuk bekerja. Mungkin dengan bertanya mengenai soal kerja, apa yang berlaku di pejabat, perihal anak-anak, keluarga masing-masing dan rakan-rakan. Mungkin kedengarannya biasa sahaja tetapi disitulah titik mulanya kalian menunjukkan saling prihatin dan mengambil berat serta peka dengan apa yang berlaku pada pasangan. Kalau tak dikemas kini, takut nanti pasangan memendam perasaan dan mulalah bibit perbalahan dan perselisihan faham.

Kredit Foto: Google
  1. Elakkan Depresi

Masalah depresi bukan lagi satu perkara asing malah dijangkakan bakal menjadi ‘highlight’ tahun-tahun akan datang. Dan bagi mengelakkan isu ini berbangkit, ia bermula dari rumah. Kalau tidak diluahkan rasa yang terpendam itu pasti membangkitkan bibit-bibit ke arah kemurungan.

  1. Luahan Perasaan

Fahamilah naluri wanita sememangnya suka bercerita dan meluahkan. Justeru sebagai suami, jadilah pendengar yang baik. Manfaatkan waktu ini untuk saling meluahkan rasa hati masing-masing. Suami dengar luahan isteri dan begitu juga sebaliknya. Malah adalah lebih baik pasangan kita meluahkannya secara langsung berbanding meluahkannya di media sosial yang akhirnya akan membuka pekung didada.

Kredit Foto: Google

 

  1. Nafkah Batin

Pasangan suami isteri khususnya mereka yang bekerja sememangnya tiada masa. Mungkin tidak disarankan untuk melakukannya selalu, tetapi apa kata jika salah seorang daripada anda mengambil cuti sakit dan seorang lagi mohon cuti tahunan. Jika punya anak, hantarkan seketika kepada saudara-mara ataupun ke taska. Kerana dijadikan pasangan itu untuk saling menyempurnakan. Maka, dengan itu cipta aktiviti dan cari masa juga peluang untuk berdua-duaan. Keluar menonton wayang, window shopping ataupun lepak di kedai mamak dan berborak berjam-jam pun boleh dijadikan pilihan agar hasrat untuk berdua-duaan tercapai.

Ini sebahagian saranan dan cadangan buat kalian yang mungkin tercari-cari masa untuk ‘dating’ dengan pasangan. Belum terlambat untuk mulakan atau kembalikan semua nostalgia zaman bercinta dahulu. Kerana terbukti ada kebaikan dan kelebihannya untuk membentuk hubungan yang lebih harmoni, romantis dan mencipta kenangan baru. Selamat ber ‘dating’!

Categories
Keluarga

Hidap Kanser Limfoma, Lelaki Ini Ambil Tempahan Nametag Khat Demi Tampung Kos Tong Oksigen

eorang lelaki terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sepanjang masa akibat penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya

Budin atau nama penuhnya Mohd Izzuddin Zainal disahkan menghidap penyakit itu sejak September tahun lalu dan kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Disebabkan penyakit itu juga, Budin yang sebelum ini merupakan seorang guru sekolah kini tidak lagi mampu untuk bekerja ekoran bergantung kepada mesin oksigen 24 jam.

Meskipun begitu, dia tetap gigih dalam mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan untuk membeli tong oksigen itu serta menanggung keperluan keluarganya dengan mengambil tempahan membuat nametag tulisan khat dari atas katil hospital.

Perkara ini telah dikongsikan salah seorang rakannya, Mira Jamal, menerusi laman Facebook miliknya

Dalam perkongsiannya, Mira telah menceritakan tentang kecekalan kawannya itu dalam melawan penyakit yang dihadapi di samping tidak mengharapkan orang lain untuk membantu keluarga dia.

Tambah Mira lagi, Budin yang merupakan bapa kepada dua orang anak lelaki iaitu Sulaiman, 5, dan Isa, 3, adalah salah seorang mangsa pemandu bas Rapid KL yang melanggar beberapa buah kenderaan di Jalan Ampang pada 16 Ogos tahun lalu.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Sesiapa yang ingin menempah, boleh membuat pesanan melalui WhatsApp ataupun menerusi laman Facebook atau Instagram

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Budin serta keluarganya dan agar Budin kembali sembuh seperti sediakala. Amin!

Image from Facebook PageKhas Mini
Categories
Keluarga

Anak 16 Orang & Suami Lumpuh Bukan Penghalang Ibu Ini Jaga Anak Sampai Masuk Universiti

Pengorbanan ibu bapa merupakan pengorbanan paling tinggi yang tidak wajar kita dilupakan

Banyak kesusahan dan kepayahan yang telah mereka lalui demi membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara, maka, janganlah kita melupakan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.

Seorang pengguna Facebook, Widyana Ali, baru-baru ini telah berkongsikan satu kisah menyentuh hati tentang ibu mentuanya yang cekal membesarkan 16 orang anak di samping menjaga suaminya yang lumpuh.

Widyana Ali bersama suaminya, Mohd Yazid Ismail, di samping 5 orang anak, anak angkat serta anak susuan.

Widyana Ali bersama suaminya, Mohd Yazid Ismail, di samping 5 orang anak, anak angkat serta anak susuan.

Image via Facebook Widyana Ali

Meskipun hidup susah, namun ibu hebat itu telah membesarkan anak-anak secara sendirian sehingga masing-masing berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Kata Widyana, “Ini kisah survival keluarga suami saya. Saya copy & paste untuk bagi semangat kepada ibu-ibu yang tengah struggle.

Kita ibu bapa di zaman yang penuh cabaran ni kena ambil pengajaran dari kisah mereka. Solat jemaah kena betul-betul jaga supaya tenang hidup di dunia dan akhirat,” tambahnya.

Baca kisah penuh ibu mentuanya di bawah:

Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa

1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.

Ada orang rasa stress dan sedih bila beranak 5 orang sederet lelaki. Mak saya rilek je dapat 11 anak semua lelaki.

Alhamdulillah walaupun hidup sangat susah, kesemua 16 beradik berjaya sambung pelajaran ke universiti.

Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke-16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je. Pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya RM150.

Mak besarkan kami 16 beradik dan dalam masa yang sama uruskan ayah yang lumpuh dengan hanya 150 ringgit sebulan. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah. Semua rezeki dari Allah.

Allah bagi “rezeki” kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari

Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.

Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.

Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.

Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.

Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.

Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.

Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.

Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.

Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada.

Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.

Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “Tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan amalan agama.

Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.

Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.

Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.

– Ditulis oleh anak ke-11, Mohd Yazid Ismail.

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi buat ibu bapa yang struggle membesarkan anak-anak!

Categories
Keluarga

Ibu Muda Ini Mohon Orang Ramai Hulurkan Bantuan Untuk Biayai Rawatan Anak Hidap Kanser

Di dunia ini, tidak semua orang berkemampuan terutamanya bila berkait dengan pembiayaan rawatan hospital yang tinggi. Bukan ratusan ringgit, malah mencecah puluhan ribu ringgit.

Seperti nasib seorang ibu muda ini yang dikurniakan seorang anak lelaki berusia 2 tahun dan kini menghidap kanser T Cell Lymphoblastic Lymphoma di mana sel kanser itu telah menyerang di bahagian dada iaitu ada mediastinal mess yg mengganggu saluran pernafasan anak kecil ini.

Afiq dan ibunya, Nur Hazirah.

Afiq dan ibunya, Nur Hazirah.

Image via Nur Ira / Facebook

Image from Nur Ira / Facebook

Image via Nur Ira / Facebook

Kasihan sungguh.

Pada 22 September 2019 yang lalu, Afiq sudah genap berusia 2 tahun. Ibunya hanya mendoakan supaya anak ini bebas dari penyakit kanser ini.

Ada juga orang yang memberikan kejutan buat adik Afiq sempena hari jadinya yang ke-2.

Ada juga orang yang memberikan kejutan buat adik Afiq sempena hari jadinya yang ke-2.

Image via Nur Ira / Facebook

Image from Nur Ira / Facebook

Image via Nur Ira / Facebook

Paling baru, Afiq telah menjalani pembedahan untuk membuang kimopod disebabkan jangkitan kuman pada 11 September 2019 lalu dan pada 1 Oktober 2019, Afiq juga telah ditolak masuk ke dewan pembedahan untuk masukkan kimopod.

Oleh kerana kos pembiayaan anak ini untuk menjalani rawatan kimoterapi menjadi semakin tinggi, ibunya memohon orang ramai supaya turut menghulurkan bantuan

Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga ini, boleh berbuat sedemikian kepada: Nombor akaun: 7626601184 (CIMB) – Nur Hazirah Bt Nordin.

Semoga anak kecil ini dan keluarga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh seperti kanak-kanak yang lain. Amin…

Categories
Keluarga

“Dapat Mak Mentua Yang Baik Pun Satu Rezeki, Bukan Semua Menantu Dapat Rasa”

Apabila berkahwin bukan bermakna kita berkahwin dengan si dia sahaja, kita akan berkahwin dengan seluruh keluarga dia

Meskipun begitu, perlu diakui bahawa tidak semua yang boleh ‘ngam’ dengan keluarga pasangan mereka. Saban hari, kisah rumah tangga menjadi retak gara-gara campur tangan keluarga sering kali menghiasi ruangan sosial media.

Namun, ada juga yang bertuah kerana mendapat keluarga pasangan yang baik, lebih-lebih lagi ibu mentua yang sangat memahami di samping boleh menjadi tempat meluah segala rasa.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita telah mengungkapkan rasa kesyukurannya dikurniakan ibu mentua yang sangat baik serta memahami dirinya

Dalam postingnya, wanita yang dikenali sebagai Firda Ashaary itu turut berkata, sebelum dia berkahwin dia telah memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan seorang ibu mentua yang dapat menerima dirinya seadanya.

Ternyata doanya dimakbulkan kerana ibu mentuanya bukan sahaja menyayangi dirinya malahan sudi berkongsi rasa kasih itu kepada anak-anaknya juga.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Aku baru terbaca kat wall sorang cikgu yang agak glemer tadi. Suka pulak nak tulis juga tentang topik ni.

Katanya, “Dapat mak mentua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.”

Aku setuju dengan cikgu ni. Bukan semua orang dapat rasa nikmat rezeki yang satu ni.

Dulu aku selalu berdoa semoga Allah temukanlah aku dengan seorang lagi mak yang aku boleh bercerita, berkongsi rasa, menumpang kasih dan sayang anak-anak aku macam darah daging sendiri. Yang aku tak kekok bila berdua dengan dia. 

Awal perkenalan aku dengan Encik Suami, aku dah tanya dia. Mak dia agaknya boleh ke terima aku? Aku tau dia anak kesayangan. Sebab tu aku tanya.

Kalau rasa Mak dia tak boleh terima, we better stop earlier aku kata.

Aku pesan suruh bagitau aku awal-awal. Aku terima dengan hati terbuka. Kononnya. Walau confirm menangis 7 hari 7 malam. Dah la aku dah mula sayang dia tapi mana boleh tunjuk sedih depan dia.

Dulu aku memang seorang yang ego. Aku tak suka orang nampak aku sedih. Aku tak suka orang dapat baca hati aku. Selagi boleh sorok, aku akan sorok. Aku cover dengan senyum. Nanti time dok sorang, baru nangis.

Back to the story, aku tamak tau. Aku nak kahwin dengan anaknya tapi mak dia pun aku nak juga. Aku takmau sorang sahaja tapi aku nak kedua-duanya. Sebab tu awal lagi aku dah tanya.

Aku dah pernah ada pengalaman mak mentua tak redha ni, kucar kacir lah hidup rumah tangga nanti. Aku serik dah. Aku belajar dari pengalaman lalu. Jadi aku lebih berhati-hati.

Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan impian dan doa aku. Dia kirimkan aku seorang mak mentua yang penyayang, lemah lembut dan mudah bawa berbincang. Sayang anak-anak aku macam cucu sendiri. Tiada berbelah bagi.

Like mother like son!

Syukur. Complete set aku dapat. Aku menang jackpot besar seumur hidup aku tahun tu.

Sungguh!

Bukan setakat dapat mak mentua yang baik tapi keseluruhan “keluarga besar” mak mentua aku menerima kehadiran kami dengan baik.

Senyuman di wajah anak-anak aku dah cukup buat airmata syukur aku mengalir. Bahagia yang aku cari selama ni adalah demi senyuman di wajah mereka. Rezeki anak-anak aku dapat merasa hidup dalam keluarga besar.

Hadiah terindah Allah kirimkan pada aku di akhir sebuah kisah airmata yang panjang.

Guys, ingat ya mak mentua adalah anugerah Allah pada kita dan wajib dilayan macam mak sendiri juga.

Jangan bermusuh atau cemburu dengan dia. Kita kena ingat kita dah “pinjam boyfriend” dia. Jadi kita kena mengalah lah sikit.

Walau dia tidak melahirkan kita tapi kalau bukan kerana dia yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan jodoh kita.

Tak mungkin kita akan dapat jodoh sebaik hari ni.

Kita juga ada anak lelaki. Suatu hari nanti kita juga akan rasa bagaimana sedihnya bila “boyfriend” kita, orang pinjam terus.

Terima kasih Mak
Sayang Fida dan anak-anak.

#SuffianSuffiya
– Semoga kita semua juga akan jadi seorang mak mentua yang baik.

Alhamdulillah.

Seronok baca kisah-kisah kebahagiaan seperti ini. :’)

Image from Gfycat

Image via Gfycat

Apa-apa pun, first things first, kena pandai pikat mentua dulu!