Categories
Berita

Sebanyak RM18 juta bantuan khas untuk Wanita & OKU. Maklumat Lanjut Baca Disini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berserta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), telah memperuntukkan lebih RM18 juta bagi pelbagai program dan bantuan untuk pengendali perniagaan terdiri daripada wanita dan orang kurang upaya (OKU).

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini sejajar dengan persetujuan kerjasama antara kementerian itu menerusi agensinya seperti Institut Keusahawanan Nasional (INSKEN), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), SME Corp dan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) dengan KPWKM bagi membantu kumpulan sasar, terutama pada tempoh pemulihan pasca-Covid-19 selain mengembangkan operasi mereka terbabit.

Beliau berkata, pemilik perniagaan wanita juga merupakan antara kelompok yang terjejas teruk akibat pandemik berikutan sebahagian besarnya dalam kategori mikro dan tidak rasmi (tidak berdaftar).

Malah, katanya, mereka juga menjalankan perniagaan dalam sektor bukan utama seperti kecantikan, fesyen, pengurusan acara dan perancang perkahwinan.

“Sehubungan itu, MEDAC dan agensinya sedang gigih untuk memberi bantuan menyeluruh yang dapat menyumbang secara berkesan, bukan hanya bagi pemulihan pasca-Covid-19 tetapi juga membantu kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ini termasuk menawarkan perkhidmatan menyeluruh merangkumi bantuan pembiayaan, pembiayaan mikro, kejurulatihan, latihan dan program kemahiran bagi melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing, dinamik serta berdaya tahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Wan Junaidi, MEDAC juga sedang menumpukan usaha membantu perniagaan menjadi lebih digital.

“Covid-19 telah meningkatkan keperluan perniagaan untuk menerima guna dan melaksanakan teknologi. Hasil kaji selidik kami mendapati perniagaan yang melaksanakan pendigitalan terbukti lebih maju berbanding mereka yang menolak keperluan digital itu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, MEDAC menerusi PNS juga berminat untuk menjalin kerjasama dengan KPWKM bagi mengenal pasti perniagaan milik wanita yang berpotensi dimajukan sebagai jenama francais tempatan.

“Banyak PKS yang takut untuk menceburi bidang francais ini berikutan persepsi bahawa ia memerlukan modal permulaan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, PNS akan membantu dari segi penilaian perniagaan dan memberi nasihat bagaimana untuk meningkatkan lagi perniagaan tersebut.

PNS menerusi pelan lima tahunnya, menyasarkan untuk mencapai minimum 5,000 kelulusan pembiayaan bagi usahawan yang dijangka dapat memperluas portfolio francais kepada RM700 juta selain mewujudkan 18,000 pekerjaan serta menyumbang sejumlah RM4.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/133400/BISNES/Lebih-RM18-juta-untuk-bantu-wanita-OKU-kendali-perniagaan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Categories
Berita

Bila B@ngl@ Mula Jadi Tauke – Merak Jalanan

Masalah warga asing bebas buka perniagaan dan kedai sampai bila-bila pun mungkin tidak akan selesai. Baru-baru ini penulis Merak Jalanan jalan pusing-pusing naik motosikal di Kampung Baru Sungai Buloh.

Sambil jalan tu, Penulis @ Merak Jalanan nampak masih banyak lagi kedai runcit termasuk kedai jual barang basah seperti ikan, sayur, daging lembu segar, yang taukenya adalah B@ngla.

Kita ingat kalau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, B@ngla ni takut nak berniaga, rupa-rupanya perniagaan mereka macam biasa, malah cukup sesak dengan pelanggan pada waktu pagi.

Yang lebih memeningkan dalam ramai-ramai warga Bangladesh yang datang membeli, ramai juga warga tempatan kita yang menyokong kedai B@ngla berkenaan dengan alasan barang yang dijual murah.

Inilah yang paling Merak Jalanan tak boleh hadap dan hadam. Dulu ramai kecam salahkan kerajaan, konon tak ambil tindakan terhadap B@ngla tetapi dalam hal ini pergi beli barang dapur kat kedai mereka sebab murah, tak salah?

Harap rakyat Malaysia dapat fikirkan lah dengan baik terutamanya dari kalangan kita B40 dan M40. Sampai bila kita nak biar B@ngla menjadi tauke dinegara kita?

Categories
Berita

Penyakit Polio Dah Kembali, Netizen Mahu Golongan Anti Vaksin Dibuang Negara

Penyakit polio merupakan satu penyakit berbahaya yang membawa maut dan berjaya dilupuskan dari negara ini pada tahun 2000

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vaxbeforetravel

Bagaimanapun, ternyata kejayaan itu tidak kekal lama apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa penyakit itu telah muncul semula di negara ini.

Menerusi satu kenyatan media pada 8 Disember lalu, KKM mendedahkan bahawa satu kes polio dikesan di Tuaran, Sabah melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berusia tiga bulan.

Bayi tersebut pada mulanya mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital. Dia kemudiannya telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019.

Hasil siasatan mendapati kawasan kejiranan pesakit tersebut kebanyakannya tidak menerima vaksin polio

“Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.

“Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio,” tulis kenyataan tersebut.

Kali terakhir kes polio dicatatkan di negara ini adalah pada tahun 1992 dan pada tahun Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisyhtiharkan bebas daripada penyakit polio.

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Twitter @KKMPutrajaya

Malaysia merupakan negara kedua selepas Filipina mencatatkan kes polio setelah diisytiharkan bebas daripada penyakit tersebut

Pada 19 September 2019, Filipina mengesahkan dua kes penyakit polio iaitu vaccine-derived poliovirus type 2 (VDPV2). Kes pertama melibatkan kanak-kanak berusia 3 tahun di Lanao Del Sur manakala kes kedua adalah kanak-kanak berusia 5 tahun di Laguna.

Penyakit tersebut sudah dihapuskan di negara tersebut sejak dua dekad lalu.

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via WHO

Susulan berita tersebut, netizen menyalahkan golongan anti vaksin yang menyebabkan penyakit polio ini muncul kembali di Malaysia

Dalam pada itu, ramai yang memberi cadangan supaya hukuman berat dikenakan kepada golongan anti vaksin atau dibuang negara terus

Sikap tidak bertanggungjawab golongan anti vaksin ini sepatutnya dibuang kerana ia tidak mendatangkan manfaat terutamanya kepada kanak-kanak. Sekurang-kurangnya, kasihanilah anak kamu yang kena hadapi ‘penyakit’ tersebut.

Categories
Berita

Wartawan Ditembak Israel Hilang Mata Kiri, Satu Dunia Tunjuk Solidariti & Tuntut Keadilan

Muath Amarneh, 35, iaitu seorang wartawan jurugambar bebas Palestin telah kehilangan mata kiri sepenuhnya selepas ditembak oleh tentera Israel

Click to Reveal

Muath Amarneh.

Muath Amarneh.

Image via Astro Awani / Twitter @PJreish

Kejadian dipercayai berlaku ketika tentera Israel cuba untuk meleraikan penunjuk perasaan Palestin di Kampung Surif di Wilayah Selatan Tebing Barat. Pada ketika itu, wartawan jurugambar bebas, Amarneh dipercayai sedang menjalani tugas untuk membuat liputan demonstrasi di lokasi berkenaan.

Dia yang pada ketika itu turut memakai baju yang menunjukkan dirinya sebagai seorang wartawan yang hanya berada di situ untuk membuat liputan dengan memakai baju yang tertera perkataan ‘Press‘ berserta helmet.

Rakan sekerja Amarneh mengesahkan bahawa dia disasarkan oleh tentera Israel. Namun perkara itu telah dinafikan oleh pihak rejim.

Menurut doktor yang bertugas untuk merawat Amarneh, mata kiri Amarneh yang ditembak itu tidak boleh diselamatkan dan perlu dibedah keluar

Menurut laporan Astro Awani, ketika ditemubual oleh AFP, Amarneh menjelaskan bahawa, “Tiba-tiba saya rasa sesuatu mengenai mata saya, Saya ingat peluru getah atau batu. Saya memegang mata saya dan tidak merasa apa-apa, Saya tidak dapat melihat kerana mata saya hilang sepenuhnya.”

Kejadian ini menarik perhatian media antarabangsa apabila wartawan dari seluruh dunia menyatakan solidariti dengan memakai penutup mata atau menutup sebelah mata mereka

Mereka turut memuat naik gambar mereka menutup sebelah mata bertujuan untuk menyokong Amarneh dan menggalakkan orang ramai melakukan perkara yang sama. Perkara ini dilakukan bagi meningkatkan kesedaran mengenai pelanggaran Israel terhadap kebebasan akhbar. Terutamanya ketika mereka sedang menjalankan tugas membuat liputan protes.

Kempen ini menggunakan hashtag #MuathEye, #EyeofTruth dan #MuathAmarneh dilancarkan secara luas di media sosial disusuli video serta gambar Amarneh ketika dibawa selepas ditembak

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas turut mengutuk serangan itu dan berjanji untuk memastikan Amarneh mendapat penjagaan perubatan yang terbaik untuk memulihkannya

Bukan setakat itu sahaja, Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) yang merupakan kumpulan advokasi global bertujuan untuk menjaga kebebasan media turut menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengadaptasi konvensyen yang memastikan perlindungan kepada semua wartawan.

Ini kerana, pada tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya 60 wartawan telah menjadi sasaran tembakan oleh tentera Zionis. 43 daripada mereka telah mengalami kecederaan akibat bom bunyi, manakala 170 lagi dipukul serta dihalau untuk membuat liputan.

Paling teruk, setakat ini seramai 18 orang wartawan turut ditahan di penjara Israel.

Categories
Berita

Agong Titah Rakyat Malaysia Dirikan Solat Hajat Khusus Bagi Menolak Wabak Covid-19

Berikutan situasi Covid-19 yang kian meruncing di seluruh negara buat masa ini membuatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat Malaysia mendirikan solat hajat

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Image via Selangorkini

Solat hajat ini akan didirikan khusus bagi menolak wabak koronavirus (Covid-19) yang kini sedang melanda negara.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut berkata supaya seruan untuk mendirikan solat hajat ini disahut oleh umat Islam di Malaysia.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Image via Twitter

Di bawah merupakan kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dikeluarkan mengenai solat hajat tolak Covid-19 ini:

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menitahkan agar rakyat jelata masing-masing mendirikan Solat Hajat khusus menolak wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita pada masa kini.

• Oleh itu, saya amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakannya di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

• Solat Hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu:

i. Sesudah solat Subuh hingga terbit matahari. (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).

ii. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.

iii. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat.

iv. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).

v. Ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. (kecuali di Tanah Haram)

• Begitu juga marilah kita membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tak putus-putus kepada-Nya.

Rata-rata warganet turut bersetuju dengan usaha ini dan turut berdoa yang terbaik buat negara:

Image from Facebook

Image via Facebook

Solat, solat juga.

Categories
Berita

Bermula Januari 2020, Iklan Di Facebook Akan Dikenakan Caj SST Sebanyak 6%

Baru-baru ini, Facebook telah mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% bermula tahun 2020

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Menurut laporan, berdasarkan notis pengebilan cukai dimuat naik oleh Facebook sendiri mengatakan bahawa ia membabitkan pengiklan yang mempunyai alamat di negara ini. Cukai yang bakal dilaksanakan akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020, sejajar dengan pengenalan cukai digital yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia.

Image via New Straits Times

Cukai perkhidmatan ini ditambah untuk setiap kali pengguna dicaj bagi iklan yang dimuat naik

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Next Scoop

Malah, ia tidak mengambil kira sama ada iklan itu dibeli menerusi Facebook atau tujuan perniagaan, mahupun tujuan peribadi. Pembayaran cukai kepada Facebook dibuat melalui kaedah manual dan cukai akan dikenakan apabila akaun iklan dibiayai.

Sebagai contoh, pengguna akan dikenakan caj sebanyak USD100 setelah mencapai ambang pengebilan untuk jumlah berkenaan. Sub jumlah bagi caj berkenaan ialah USD100 bagi kos iklan dan kemudian tambahan enam peratus cukai perkhidmatan akan dimasukkan maka jumlah yang perlu dibayar adalah USD106.

Categories
Berita

Majikan WAJIB Bayar Gaji Penuh Buat Pekerja Selama Perintah Kawalan Pergerakan

Selepas Perdana Menteri Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara yang akan berkuat kuasa mulai 18 Mac ini, ramai yang turut mempersoalkan tentang pembayaran gaji mereka selama perintah ini berjalan

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Soalan yang paling lazim adalah sama ada gaji mereka akan dibayar secara penuh (tanpa dipotong) selama tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bakal berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Untuk menjawab persoalan orang ramai, Peguam Sumber Manusia, Firdaus Zakaria tampil memberi penjelasan bahawa majikan WAJIB membayar gaji pekerja untuk tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini

Firdaus Zakaria, Peguam Sumber Manusia.

Firdaus Zakaria, Peguam Sumber Manusia.

Image via Astro Awani

Beliau turut menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja untuk berada di rumah.

Ini adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa, cuma bekerja dari rumah. Ia bukan pelepasan cuti. ia satu kaedah mengawal pergerakan sahaja. Mereka perlu dibayar gaji seperti biasa, cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukan suatu kemestian untuk dibayar”

Firdaus Zakaria, Peguam Sumber Manusia

Menurut laporan, beliau menambah bahawa bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan di rumah seperti operator pengeluaran, majikan wajib menanggung bayaran gaji untuk tempoh dua minggu tersebut

Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kapital.my

“Ia perlu dipatuhi, contohnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah, mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka mesti dibayar gaji dan tidak boleh dipotong,” katanya.

Buat mereka yang masih keliru apakah sektor kritikal yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, baca di bawah:

Air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Categories
Berita Viral

Pada 26 September 2019, KTMB memuat naik sekeping gambar teaser menunjukkan koc terbaru ‘Business Class’ mereka untuk ETS

“Dah dapatkan tiket ETS Business Class ke belum?” tulis KTMB di ruangan caption gambar tersebut.

Post berkenaan mendapat lebih 3 ribu reaksi ketika artikel ini ditulis.

Selain memuatkan kerusi yang lebih besar dan luas, ETS Business Class ini mempunyai beberapa kemudahan baru yang moden dan serba lengkap

Penumpang boleh menikmati hiburan video dan audio, sambungan WiFi, port pengecasan USB, hidangan dalam kabin, kit perjalanan, dan tempat duduk berbaring 45 darjah.

Koc ini juga didatangkan khas dengan pelayan, sama seperti pramugara dan pramugari di dalam pesawat.

Daripada jumlah 36 kerusi, 12 adalah kerusi perseorangan, manakala baki 24 adalah kerusi berpasangan. Setiap kerusi juga boleh dipusingkan mengikut arah tren bergerak. Jadi, tidak ada lagi kes di mana tren bergerak ke hadapan, namun penumpang perlu menghadap ke arah bertentangan.

Buat masa ini, hanya ada satu koc Business Class daripada enam koc dalam satu keretapi.

ETS Business Class akan beroprasi dari KL Sentral hingga ke Padang Besar, Perlis bermula 11 Oktober 2019

Bersempena dengan pelancaran itu, orang dewasa boleh membeli tiket sehala pada harga promosi RM50 untuk perjalanan KL Sentral – Ipoh, Perak atau RM112 untuk perjalanan KL Sentral – Padang Besar, Perlis.

Warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), dan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun layak mendapat diskaun konsesi sebanyak 50%. Tiada bayaran akan dikenakan kepada kanak-kanak berumur antara satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk).

Harga tiket termasuk hidangan dalam tren bagi setiap penumpang.

PS: Promosi ini telah mula ditawarkan sejak 12 September lalu dan hanya untuk perjalanan dari 11 Oktober sehingga 30 November 2019 sahaja.

KTMB merekodkan bilangan penumpang seramai 3.91 juta bagi ETS tahun lepas

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsuddin berkata ETS Business Class ini diwujudkan bagi memenuhi kehendak pengguna yang inginkan keselesaan ketika dalam perjalanan.

Malah pada tahun ini, 2.15 juta orang telah menaiki ETS sehingga Julai dengan purata 10,400 penumpang setiap hari.

Maklumat lanjut mengenai ETS Business Class. boleh didapatkan di laman web KTMB.

Tak sabar!

Categories
Berita

Scammer Curi Duit Akaun 2 KWSP. Hati-hati Jangan Sampai Putih Mata!

Merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian, di mana polis meminta orang ramai supaya waspada dengan taktik sindiket penipuan melibatkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari akaun dua.
Ini seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), wajar semua antara kita lebih berhati-hati.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memantau berhubung perkara terbabit.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kes berkenaan tetapi polis berharap dengan adanya amaran awal menerusi media cetak dan media elektronik, ia berupaya mencegah kejadian sebegini berlaku”

Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun dua KWSP sehingga 30 April bagi pengeluaran bermula Mei, difahamkan wujudnya sindiket yang menghantar mesej, panggilan telefon serta mencipta laman sesawang palsu.

Mohd Zakaria berkata, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati.

“MASYARAKAT PERLU BERHATI-HATI DAN TIDAK BERURUSAN DENGAN INDIVIDU YANG MEWAKILI KELOMPOK ATAU PERSATUAN. JANGAN BERI SEBARANG DATA YANG BOLEH DIMANIPULASI OLEH PENIPU (SCAMMER).

“Kita sedang kesan perkara ini menerusi polis bahagian Jenayah Siber dan Multimedia daripada mana puncanya dan ambil tindakan tegas supaya rakyat tidak dimanipulasi,” katanya.

sumber : Sinar Harian

Categories
Berita

Leganya Hati Mak Ayah, Bermula Januari 2020 Anak Dapat Sarapan Percuma. Jimat Duit Poket!

Tentunya ini satu lagi berita yang membuatkan semua ibu ayah berasa lega dan gembira dengan pengumuman yang diberikan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Apa tidaknya, bermula Januari tahun 2020 semua anak-anak kita akan diberikan sarapan secara percuma. Berbanding sebelum ini hanya untuk anak di dalam keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sahaja.

 

Melalui program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara itu, beliau berkata, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma sama ada bagi yang bersekolah sesi pagi mahu pun sesi petang tidak terkecuali.

 

“KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan,” ujar beliau lagi.

Di Sebalik Makanan Percuma

Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap pelajar yang hadir ke sekolah pada tahun hadapan akan menikmati makanan percuma sebelum sesi pembelajaran bermula.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu dibuat kerana di sebalik makanan percuma itu, berlaku perkara penting iaitu proses pendidikan sivik dan disiplin dapat diterapkan dalam kalangan pelajar.

“Kita bukan sahaja memberi makanan berkhasiat dalam membentuk generasi baharu yang sihat, malah mendidik anak-anak mengenai sivik dan disiplin.

“Sebelum makan basuh tangan, lepas makan kena kemas. Mereka semua ini akan makan bersama guru,” katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok di sini, hari ini.

 

BERMULA JANUARI 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA

 

Sementara itu, memetik kenyataan rasmi Menteri Pendidikan ini di akaun facebooknya, beliau menyatakan bahawa anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.

 

Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia