Categories
Viral

Tak makan nasi sejak tahun lalu, Zulin Aziz makin susut & ramping

Posting terbaru di laman Instagram artis serba boleh, Zulin Aziz mengundang perhatian peminat dan pengikutnya apabila dikatakan nampak semakin langsing.

Menerusi laporan BH Online, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata beliau mengalami susut berat badan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Mac lalu.

“Saya tak makan nasi sejak tahun lalu. Ketika berbuka puasa, saya hanya menjamah buah kurma dan meneguk air.
“Beberapa minit kemudian barulah saya makan lauk-pauk. Sahur pula saya hanya makan pisang,” katanya yang menghadapi masalah berat badan sejak dahulu.

Walau bagaimanapun, selebriti berusia 30 tahun itu tidak berahsia dan mengakui sedang mengamalkan sejenis minuman dimana dirinya turut menjadi testimoni kepada produk tersebut.

“Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana ‘makan hati’ akibat kisah percintaan yang tidak kesampaian dua tahun lalu sebaliknya adalah untuk kepuasan sendiri.

Sumber : Zaidi Mohamad (BH Online)

Categories
Viral

Sebaik Mana Pun Suami, Isteri Kena STANDBY – Kesihatan, Kewangan, Kerjaya. Kalau Tiba-Tiba Dia Berubah…

Suraya Ditinggalkan Ketika Stroke

Setelah berumahtangga dengan Aziz 15 tahun, sangka Suraya mereka akan kekal bersama hingga hujung hayat. Kehidupan mereka lengkap dengan dikurniakan seorang anak dan kewangan dan aset yang baik. Ditakdirkan Suraya diserang stroke dan lumpuh separuh badan setahun yang lalu.

Beberapa bulan pertama Aziz kelihatan baik menjaganya. Berkorban masa dan duit merawat Suraya. Mereka berjanji untuk sama-sama menempuhi dugaan ini bersama. Tidak lama selepas itu, perubahan mula dirasakan ke atas Aziz apabila sudah mula berkira soal membantu Suraya dan hal rumah.

Banyak perkara yang diungkitnya seperti tanggungjawa Suraya yang tidak lagi dapat disempurnakan. Akhirnya, pada bulan Julai yang lalu, Aziz melafazkan talak kepada Suraya dan terus meninggalkannya bersama anak mereka begitu sahaja. Suraya mendapat tahu yang Aziz akan bernikah dengan rakan sepejabatnya yang baru berusia 23 tahun!

Suraya pasrah dan redha dengan ketentuan jodoh. Namun, agak terkilan apabila ditinggalkan ketika dia dalam keadaan sebegini sedangkan sebelum ini, Suraya langsung tidak berkira apa pun dengan Aziz. Dia menjadi isteri yang taat demi kebahagian mereka. Tidak sangka, Aziz tidak sudi untuk bersusah bersamanya saat ini.

Kini, Suraya tinggal bersama anak saudaranya yang sudi untuk menjaganya. Suraya dalam proses berubat dan sangat berharap untuk pulih kembali demi meneruskan kehidupan bersama anaknya. Suraya menasihati semua wanita agar sentiasalah menjaga kesihatan diri kerana kesihatanlah tiang seri kehidupan kita. Kalau sakit, banyak benda terbengkalai. Duit banyak pun tak guna, suami baik pun boleh berubah watak.

Kredit Foto: Google

Zatul Diceraikan Sehelai Sepinggang

Zatul berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan yang baik di sebuah sektor swasta terkenal. Namun selepas berkahwin dengan Bahrin, dia disuruh untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sahaja, sementelah gaji Bahrin lebih daripada mencukupi untuk menanggung Zatul dan keluarga. Malah, Bahrin memberi elaun kepadanya RM3000 setiap bulan.

Walaupun keputusan Zatul berhenti kerja itu mengundang kemarahan ibu dan ayahnya, tetapi Zatul memberi keyakinan bahawa dia tidak akan hidup susah bersama Bahrin. Bahrin juga seorang yang bertanggungjawab dan kuat pegangan agamanya. Tidak mungkin dia akan mensia-siakan isterinya itu.

Sebelas tahun hidup bersama, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Kehidupan dilalui sangat indah. Tugas Zatul hanya perlu menyempurnakan keperluan Bahrin dan anak-anak dengan disertakan seorang pembantu rumah lagi. Zatul rasa sangat bahagia kerana ketika bekerja dulu dia agak stres dengan tekanan di pejabat.

Siapa mahu menolak tuah apabila dapat menjadi suri rumah dengan disertakan elaun lagi. Dan, tidak perlu bersusah-payah memikirkan hal kerja dan bebanan lainnya. Namun, langit tidak selalunya cerah. Dua tahun lepas, sebaik pulang dari urusan kerja di Jakarta, Bahrin mula menunjukkan sikap aneh.

Dia seperti tidak mengendahkan Zatul dan anak-anak. Selang sehari pasti memberi alasan kerja lewat malam dan ada kala ‘hilang’ ketika hujung minggu. Akhirnya, Zatul dapat tangkap apabila Bahrin rupanya sudah berkahwin lain di luar negara. Perempuan itu rakan niaganya yang dikatanya sangat berharta!

Apabila Zatul mengamuk, Bahrin juga tidak mahu mengaku salah. Bahrin memberi kata dua, sama ada Zatul duduk diam-diam saja dan menerima hakikat sudah bermadu atau boleh berambus dari rumah itu. Isteri mana boleh ditipu seperti itu? Dengan kata-kata Bahrin yang seolah-olah mencabarnya.

Zatul membuat keputusan bercerai. Dan, Bahrin dengan lagaknya terus menghalau Zatul dari rumah itu tanpa memberi sebarang pampasan hatta seringgit! Bahrin rasa tercabar apabila Zatul tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Zatul akui hidupnya agak terseksa pada awal perceraian dengan tiada sumber pendapatan dan aset.

Kredit Foto: Google

Perkahwinan Itu Tiada Jaminan

Itulah hakikatnya. Ia bukan seperti membeli alat elektronik yang disertakan kad jaminan untuk dibaiki jika mengalami kerosakan. Jaminan hanyalah dengan doa dan tawakal kita kepada Tuhan yang satu. Namun, ujian itu datang tidak mengira waktu dan sesiapa juga. Jika sudah tertulis, kitalah calon yang harus menempuhnya, maka terjadilah ia.

Sebaik mana pun seorang suami itu, sekuat mana pun pegangan agamanya atau sekaya mana pun harta keturunannya, ia tidak mampu memberi kita ikatan kukuh bahawa dia akan semtiasa menjadi hak kita dengan hatinya tidak akan berubah. Hati manusia ini bagaikan sekeping kertas nipis yang mudah sahaja direnyuk dan dilupuskan.

Maka, sebagai seorang wanita yang selalu dilabelkan ‘lemah’ dan sentiasa mengharapkan lelaki bernama suami sebagai bahu bersandar, beringatlah. Bukan mahu menjadi isteri yang berprasangka buruk terhadap suami, tetapi tidak salah untuk sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Persediaan untuk mengelakkan kita daripada merana, apatah lagi jika ia melibatkan anak-anak. Jangan nanti apabila diceraikan, barulah kita terhegeh-hegeh mahu mencari tempat tinggal. Waktu itulah baru nak semak baki akaun tinggal berapa? Dan, barulah sibuk bertanyakan kerja kosong.

Kredit Foto: Google

Betul, Suami Kena Lunaskan Nafkah Tapi…

Berapa lama pula proses yang harus dijalani dengan turun naik mahkamah semata-mata ada suami yang bersikap ‘dayus’ dan ‘bodoh’? Kalau dapat suami yang memang mampu memberikan nafkah selepas bercerai, baiklah nasib kamu tetapi berapa ramai bilangannya? Rata-rata, lelaki yang selepas mentalakkan isterinya bersikap lepas tangan.

Ada juga memberitahu tidak mampu kerana perlu menanggung kehidupan baru. Jadi, adakah dalam tempoh mahkamah mahu memberi kata putus itu, kamu tidak perlu makan dan minum? Tidak perlu berbelanja? Bagaimana dengan kemudahan tempat tinggal dan kereta? Sampai bila mahu menumpang rumah Mak Ayah atau adik-beradik yang lain?

Jadi, suka atau tidak, walaupun namanya isteri yang sepatutnya dalam Islam sendiri sudah menggariskan begitu banyak hak kita yang perlu dijaga, hakikatnya tidak semua mampu menunaikannya. Perempuan hari ini bukan lagi makhluk yang sepatutnya dibela dan dijaga oleh kaum lelaki. Kebanyakan lelaki sendiri tidak mampu menjaga diri mereka sendiri, jadi bagaimana kita untuk berada di bawah lindungan mereka?

Maka, berdikarilah demi melangsungkan kehidupan yang serba mencabar hari ini. Jangan sesekali kita menaruh harapan kepada sesiapa melainkan Allah yang satu.

Kredit Foto: Google

Para Isteri Kena Jaga:

  1. Kesihatan – jaga diri kita dulu, barulah kita boleh jaga suami dan anak-anak.
  2. Kewangan – jangan membazir walaupun duit suami. Beringatlah untuk punya simpanan kecemasan.
  3. Kerjaya – bukan setakat kerjaya yang makan gaji, jika tahu berniaga pun ia satu kelebihan untuk digunakan kelak.
  4. Aset – kalau dalam waktu suami tengah sayang tu, pandai-pandailah minta rumah atau kereta itu diletakkan nama bersama atau ada satu yang atas nama kamu.
  5. Hubungan – ada isteri apabila sudah punya suami yang baik dan anak-anak okey, mereka mula mengasingkan diri dari dunia luar. Kawan-kawan tidak lagi dihubungi, adik-beradik dijauhi. Sampai masa susah, baru terpinga-pinga. Maka, teruskan saja hubungan baik dengan orang sekeliling. Kita tak tahu, siapa yang akan bantu saat suami sendiri berubah hati?
Categories
Viral

Masih Menanti Zuriat – Pesan Mufti Datuk Zulkifli; “Banyakkan SEDEKAH, Solat, Moga Doa Dimakbulkan.

Episod akhir program Currhat Isnin baru ini benar-benar menyentuh hati ramai pasangan suami dan isteri apabila membincangkan topik Zuriat Syurga. Yang mana mencungkil rahsia hati insan-insan yang berdepan masalah untuk memiliki anak sendiri, sebutir permata yang masih berada di syurga yang belum diberi keizinan Tuhannya untuk turun ke bumi berada di rahim mereka yang masih terus berimpian.

Eksklusif untuk episod terakhir ini, penerbit Currhat menjemput Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai salah seorang pakar jemputan untuk bercakap dari sudut agama. Kita mungkin sudah kerap mendengar perbincangan perihal belum dapat zuriat dari sudut sains dan perubatan, maka menjenguk kepada sisi berbeza, Currhat mahu pasangan merenung seketika dari sudut rohani, agama dan inspirasi diri yang mungkin boleh memberi dorongan jiwa dan kekuatan.

Rentetan daripada episod itu juga, ada pula netizen yang memviralkan persoalan adab tetamu wanita lain kala bersama mufti terhormat itu. Ada netizen yang mengecam kenapa diletakkan wanita tidak menutup aurat di sisi mufti itu? Secara peribadi, penulis tidak nampak di mana isu besarnya di situ, yang sampai menutup mesej-mesej lain yang ingin disampaikan. Apakah para netizen mahu mengatakan sesorang yang tidak menutup aurat dengan sempura tidak layak duduk berhampiran seorang ulamak? Walau pada ketika dia sedang diberi ilmu?

Malah mufti sendiri sepanjang program kelihatan amat tenang dan sentiada memberikan kata-kata semangat buat tetamu di sisinya. Malah, mufti sempat menitipkan doa buat mereka. Bukankah mereka lebih beruntung berbanding kita yang mana dapat duduk dekat dengan mufti sambil diberi keberkatan doa secara terus? Bukan penulis mahu berpihak kepada mana-mana, namun sebagai netizen yang berasakan diri ini sempurna, ayuh tumpulkan sedikit mata penulisan kita di media sosial. Sebaliknya, tajamkan doa kita untuk orang-orang yang kita rasakan perlukan perubahan kepada dirinya.

Nah, sama-sama kita baca perkongsian indah daripada Datuk Dr. Zulkifli. berkenaan doa pasangan yang masih ditangguhkan untuk memiliki zuriat. Ambil yang baik dan jadikan setiap pesanan satu pegangan positif untuk melalui kehidupan ini. Penulis aminkan doa setiap pasangan yang sedang berkeinginan untuk memiliki zuriat sendiri. Insya-Allah, pada satu hari yang Tuhan akan kata ‘kun faya kun’. Amin…

Kredit Foto: Google

Boleh Datuk komen sedikit tentang masyarakat yang suka benar bertanyakan kepada pasangan yang belum dikurniakan anak tentang bila, bila dan bila?

Sebaik-baiknya, jangan ditanya; bila nak dapat anak, berapa orang anak dan sebagainya. Dalam Islam sendiri menegaskan supaya kita tinggalkan sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan kita. Ada dan tidak apa masalahnya?

Bagaimana dengan suami yang memilih untuk berkahwin lain atas alasan isteri tidak mampu melahirkan zuriatnya?

Dalam Islam, sememangnya tidak melarang poligami. Namun, ia tertakhluk pada syarat-syarat yang tidaklah mudah. Bukan sekadar kemampuan batin, tetapi juga dari segi kewangan dan keadilan, mampukah kita menyempurnakannya? Hukum kahwin sendiri ada lima yakni harus, wajib,  sunat, makruh dan haram. Dan poligami ini termasuk dalam kategori sunah sahaja. Jadi, sebelum buat keputusan untuk berpoligami, tanyakan dulu kepada diri sendiri kemampuan dari semua segi itu.

Apa pendapat Datuk mengenai rawatan alternatif yang dilakukan pasangan untuk memiliki zuriat?

Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk merawat sebarang penyakit. Nabi ada menyebut,  “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” Tidak salah untuk mencuba rawatan alternatif atau moden asalkan sahaja ia mengikut adab dan etika yang betul yang tidak melanggar hukum agama. Hukumnya haram jika cara perubatan itu mempunyai unsur syirik. Selain menerusi perubatan pakar, sebenarnya kita juga ada kaedah lain dalam Islam yakni dengan doa. Malah, cara lain yang juga sangat bagus ialah dengan bersedekah. Rasulullah sendiri ada menyebut, “Ubatilah di kalangan kalian yang sakit dengan sedekah.” Kisah Al-Hakim juga boleh dijadikan iktibar di mana pada satu masa dia mengalami sakit muka yang teruk. Kemudian membelil sebiji bekas air lalu disedekahkan air itu untuk kegunaan orang-orang miskin. Dengan izin Allah, wajahnya pulih. Inilah mukjizat daripada amalan sedekah kerana Allah.

Kredit Foto: Astro Prima

Orang selalu kata, selagi tak kena kepada diri kita sendiri, kita tidak akan tahu bagaimana rasaya? Kalau Datuk sendiri melalui ujian ini, apa agaknya yang Datuk lakukan?

Saya melihat dalam isu ini ia berkait dengan kefahaman ilmu, isu Tuhan. Allah sebut dalam al Quran, “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan)…” Ia adalah daripada kuasa Allah. Lihat, bagaimana Nabi Ibrahim minta kepada Allah sehingga hanya pada usia baginda sekitar 120 tahun, barulah doanya untuk memiliki zuriat dimakbulkan Allah swt. Bermakna untuk doa kita diperkenankan atau tak itu hak Allah. Seumpama kita minta duit orang, itu hak dia untuk memberi atau tak? Paling penting, kita harus reda dan sabar. Besar hikmahnya sabar itu.

Ada yang cetek ilmunya, mengaitkan isu tiada anak ini dengan perbuatan lampau seseorang itu. Bolehkah kita menghukum sampai begitu Datuk?

Tidak! Kita diberi pilihan dalam kehidupan ini untuk melakukan sesuatu perbuatan. Imam Nawawi sendiri tidak mempunyai anak dan meninggal pada usia masih muda yakni 45 tahun. Namun, menurut ramai orang mengatakan bahawa kitab-kitab yang beliau hasilkan yang menjadi panduan anak-anak muridnya itu jauh lebih baik dan bermanfaat daripada memiliki anak. Itulah aset terbesar beliau. Jadi, bagaimana untuk kita hukum seseorang itu hanya kerana dia tidak berjaya mendapat anak? Sheikh Hanafi seorang yang sangat kaya juga tidak punya anak dan pergi menemui pakar paling handal untuk merawat masalahnya itu. Namun, apabila masih tidak berjaya,  beliau berasa amat sedih. Dan kesedihannya itu dilihat oleh seorang kawannya ketika beliau berada di masjid. Selepas Sheikh Hanafi mencerita perihal kesedihannya itu, maka kawannya pun berkata; “Eh, jadi di mana Allah?” Ia membuatkan Sheikh Hanafi tersentak. Bukankah kita punya Allah, lakukan solat dan dengan kuasa Allah mampu merealisasikan semuanya.

Kredit Foto: Astro Prima

Dan, ternyata ia bukanlah balasan Tuhan terhadap dosa-dosa kita, bukan?

Lihatlah sesuatu itu dengan positif. Andainya, kita ada melakukan dosa, maka bertaubatlah, lakukan ibadah dan terus berdoa. Kisah lalu tidak boleh menghukum. Ia bukan ajaran Islam. Allah suka umat-Nya yang bertaubat. Allah akan sentiasa menguji hamba-Nya dari pelbagai sudut. Maka, teruskan bersabar dan Allah akan berikan khabar gembira kepada mereka yang sabar. Pesan saya, istigfar banyak-banyak, taubat, solat, tingkatkan takwa dan banyakkan sedekah.

Apa kesimpulan yang boleh Datuk buat mengenai isu ini?

Perjalanan hidup ini pastinya disulami dengan pelbagai ujian dan ujian itu pelbagai. Ada yang diuji menerusi anak, pasangan, pekerjaan, harta, sakit, jiran-jiran dan sebagainya. Setiap hari saya didatangi orang-orang yang mengadu tentang masalah hidup mereka dan bagi saya satu sahaja, lihatlah masalah itu dari sudut positif. Orang cerdik pandai ada berkata, jika seseorang itu memberi kamu minuman limau yang masam, janganlah marah atau dibuang air itu. Sebaliknya, campurkan sedikit gula dan ia pasti menjadi minuman yang sangat sedap. Kita selalu melihat bahagia dalam kehidupan orang lain dan tidak berusaha untuk membahagiakan diri sendiri. Paling penting, jaga hubungan dengan Allah dan bersama pasangan dan keluarga. Rasulullah pernah kata, “Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”

Kredit Foto: Astro Prima
Categories
Viral

“Saya Cina Tapi Saya Suka Berhijab” – Gadis Ini Kongsi Ketenangan Apabila ‘Menutup Rambut’

“Saya Cina tapi saya suka berhijab,” itu kata seorang gadis yang kini menjadi perbualan ramai khususnya di platform Twitter.

Menggunakan akaun @jiaqing28512216 gadis tersebut mencuri tumpuan apabila tampil dengan gaya berhijab atau bertudung.

Malah, posting berserta gambarnya kini menjadi viral dan sehingga artikel ini ditulis ia telah dikongsi sebanyak 5,600 kali.

Menjawab pertanyaan netizen mengapa dia mahu bertudung, gadis tersebut menyatakan dia lebih ayu berbanding ketika tidak berhijab.

“Lebih suka bertudung sebab bila bertudung ni dapat menutup aurat perempuan. Free hair kadang-kadang rimas juga dengan rambut yang serabut ni,” katanya.

Tambahnya, keputusan untuk berhijab juga mungkin disebabkan rakan sekeliling.

“Mungkin sebab saya dah berkawan dengan orang Melayu lama kot. Bila tengok kawan bertudung nampak ayu je semua.

“Saya tertarik sebab bila tutup aurat i rasa tenang ja,” katanya yang mula bertudung sejak 2018.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji kecantikan gadis berkenaan apabila berhijab dan menutup aurat.

Malah tidak kurang juga ada rakan bangsa Cina yang turut berkongsi gambar mereka bertudung.

Anda boleh lihat antara komen dan reaksi mereka di bawah.

Categories
Viral

Dari YouTuber Ke Bintang Filem, Sebak Pula Bila Syahmi Cakap – “Kami Ini Hanya…”

Personaliti YouTube, Syahmi Sazli, 25, melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk membintangi filem terbaru berjudul Syif Malam Raya.

Menurut Syahmi, dia tidak pernah terfikir akan ke layer perak bersama dua lagi rakan baiknya iaitu Asif suhaimi dan Yoe Parey

“Sangat bermakna dan bagi kami ini adalah satu penghargaan kerana kami ini pun hanyalah bermula sebagai YouTuber sahaja.

“Tak sangka dapat peluang keemasan untuk berlakon dengan oatai-otai filem, pelawak-pelawak terkena dan juga dengan mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini,” katanya.

Syahmi berkata demikian ketika ditemu bual Gempak menerusi segmen Artis Duduk Diam yang disiarkan di Instagram Astro Gempak semalam.

Tambah Syahmi lagi sepanjang menjalani penggambaran berlangsung, banyak ilmu yang dapat dipelajari termasuklah proses belakang tabir.

“Banyak pengalaman berharga yang saya dapat, tak puas rasanya menimba ilmu dan mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman.

“Kalau saya, banyak yang saya dapat belajar mengenai proses belakang tabir contohnya cara penyediaan kamera, pengcahayaan dan sebagainya.

“Alhamdulillah, syukur kami diberi peluang untuk merasai pengalaman berharga ini,” ujarnya

BACA: Dah Tiba Masa Syahmi, Asif Dan Yoe Parey Beraksi! Jom Ngopi Sambil Tonton Syif Malam Raya Tengah Malam Ini

Selain Syahmi, Asif dan Yoe, Syif Malam Raya juga turut menampilkan barisan pelawak seperti kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020 (hari ini)

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.

Categories
Viral

Netizen Awhh Lihat Pakcik Tukang Sapu Tangkap Gambar Keluarga Ini Guna Daun Bentuk ‘Love’!

Tular di laman sosial gelagat seorang warga emas menolong menangkap gambar sebuah keluarga yang bercuti di Thailand baru-baru ini.

Yang menjadi perhatian adalah kreativiti yang ditampilkan pakcik tersebut!

Menerusi laman Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Epa telah berkongsikan beberapa gambar menunjukkan telatah seorang pakcik yang membantu dia serta keluarganya menangkap gambar ketika bercuti di Krabi, Thailand.

Sedang Epa dan keluarganya sibuk bergambar, pakcik yang dipercayai bernama Abdul Rahman yang juga merupakan seorang tukang sapu di taman tersebut secara tiba-tiba menegur mereka dan terus volunteer untuk menangkapkan gambar keluarganya.

Tanpa disangka-sangka mereka, pakcik itu mempunyai trick-nya tersendiri dalam menangkap gambar yang bukan sahaja menarik perhatian Epa serta keluarganya bahkan warganet turut terkesima dengan kreativiti pakcik itu.

Tak percaya? Lihat sendiri hasilnya di bawah!

Menariknya, susulan daripada tularnya gambar tersebut, dua orang warganet telah tampil berkongsikan gambar yang turut sama diambil oleh pakcik itu.

Bukan itu sahaja, pakcik itu langsung tidak meminta upah dan terus sambung membuat kerjanya selepas selesai menangkap gambar.

Ternyata ramai dalam kalangan warganet yang kagum dan terharu melihat gelagat pakcik tersebut

Rata-rata merasakan pakcik berkenaan comel di samping memuji bakat serta kreativiti yang dipaparkannya. Bahkan siap ada yang kata pakcik itu sebenarnya merupakan seorang jurugambar handal!

Antara komen menarik yang dikongsikan warganet:

Alahai cute-nya pakcik ini!

Image from Giphy

Image via Giphy

Categories
Viral

Beli & Hantar Hari Yang Sama? Watsons ‘Click & Deliver’ Memang Penyelamat Waktu-Waktu PKP!

Tidak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan oleh pihak kerajaan pada masa kini sedikit sebanyak memberi kesan positif buat rakyat Malaysia

Image from The Rakyat Post

Image via The Rakyat Post

Semakin ramai orang tak keluar rumah, semakin mudah untuk kita menghentikan penularan pandemik Covid-19 ini. Jadi teruskan #StayAtHome ok!

Tapi bagaimana pula jika barang keperluan anda semakin berkurang atau ada yang sudah habis?

Tak mengapa, boleh order sahaja melalui dalam talian dengan Watsons ‘Click & Deliver’ ini.

Image from Watsons

Image via Watsons

Untuk pengetahuan anda, Watsons kini telah melancarkan perkhidmatan khas iaitu ‘Click & Deliver’ buat setiap pelanggan mereka.

Bagaimana perkhidmatan ini boleh digunakan pada tempoh PKP ini?

Mudah sahaja dan anda tidak perlu bergerak untuk ke luar rumah. Anda boleh pesan setiap barang keperluan yang dijual di Watsons dan barangan tersebut akan dihantar kepada anda di rumah pada hari yang sama.

Perkhidmatan ini akan menggantikan perkhidmatan ‘Click & Collect Express’ sebelum ini. Namun, ‘Click & Deliver’ ini hanya akan disediakan di kawasan Lembah Klang bermula pada 8 April hingga 14 April sahaja.

Paling menarik, Watsons turut menawarkan beberapa promosi dengan pelbagai jenis barangan yang dijual dengan harga menarik!

Image from Harian Metro

Image via Harian Metro

Antaranya adalah promosi pembelian item kedua dengan diskaun sebanyak 60% (2nd @ 60% off). Anda boleh pilih sahaja barangan apa yang anda ingin dan perlu. Contohnya seperti:

– Barangan kesihatan.
– Produk keperluan wajah.
– Produk kesihatan diri.
– Kosmetik serta pelbagai lagi pilihan lain.

Semuanya boleh dibeli dengan harga murah untuk item kedua. Memang sangat berbaloi.

Categories
Viral

Lelaki Ini Mulakan Gerakan ‘Kipas’ Jerebu Balik Ke Negara Jiran, Siap Dengan Pelan. Lawak!

Setiap tahun kita pasti terpaksa menghadap masalah jerebu

Masalah jerebu kini dilaporkan terjejas teruk pada beberapa negeri. Bahkan beberapa sekolah di Sarawak juga diarahkan tutup ekoran tahap udara sangat tidak sihat.

Image from Google

Image via Google

Fenonema jerebu ini telah memberi impak yang buruk terhadap kesihatan. Semakin tinggi tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), semakin tinggi kesan terhadap kesihatan diri manusia antaranya kesukaran untuk bernafas, jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan, serangan jantung, kegatalan pada tekak, mata serta kulit.

Image from Google

Image via Google

Masalah pencemaran udara ini juga dikatakan berlaku akibat kebakaran hutan di Indonesia, yang dipercayai membawa jerebu ke Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Terbaru, seorang pemuda telah tampil mengemukakan satu action plan untuk ‘kembalikan’ semula jerebu ke negara punca.

Caranya? Menggunakan kipas.

Menggunakan medium Twitter untuk berkongsikan pelan tindakannya, @lamkanahraf atau Farhan menggesa orang ramai untuk membawa keluar sebarang sahaja bentuk kipas yang ada demi ‘meniup’ semula jerebu ke negara jiran.

Memilih 16 September atau Hari Malaysia sebagai tarikh pelaksanaan misinya, Farhan percaya sekiranya seluruh rakyat Malaysia sama-sama bergabung, secara kolektif misi ini akan berjaya.

Bukan itu sahaja, Farhan turut merangka pelan gerakan tiupan angin kipas dengan rapi untuk pengetahuan rakyat Malaysia yang tinggal baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

Buat yang tidak mempunyai kipas juga boleh segera membelinya dengan tawaran menarik!

Idea ini juga sebenarnya pernah dicetuskan oleh kartunis tempatan kita, Dato’ Lat!

Ternyata, idea Farhan ini telah menarik perhatian ramai sehingga mendapat hampir 14 ribu retweets dan 7 ribu likes serta pelbagai reaksi dari netizen.

Berikut adalah antara komen yang ditinggalkan susulan dari gesaannya itu:

Pelakon, Tiz Zaqiah pun nak join!

Orang Perlis, on tak on?

Lagi komen-komen lawak dari pengguna Twitter!

Jangan macam-macam ok, idea ni siap masuk berita lagi!

Apa lagi?

Kita jumpa 16 September nanti dengan kipas masing-masing!

Image from Google

Image via Google

Categories
Viral

Dihina Miskin Sebab Lamar Di KFC, Pasangan Afrika Dapat Tajaan Kahwin Dari Syarikat Besar!

Baru-baru ini telah tular di laman Twitter kisah pasangan dari Afrika Selatan yang diketawakan gara-gara melamar di sebuah rangkaian restoran makanan segera iaitu KFC

Semuanya bermula apabila tular rakaman video di laman Twitter KFC Afrika Selatan memaparkan seorang lelaki melutut lalu melamar wanita idamannya yang pada ketika itu sedang menangis kegembiraan.

Susulan daripada itu, seorang wartawan telah mentertawakan lelaki itu kerana melamar pasangannya hanya di KFC sekali gus memperlekehkan usaha lelaki tersebut.

Difahamkan juga bahawa lelaki dalam rakaman itu yang dikenali sebagai Bhut’ Hector dan teman wanitanya, Nonhlanhla, merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan kecil-kecilan kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun siapa sangka selepas kecoh perihal perkara tersebut, pasangan kekasih itu kemudiannya telah menerima rezeki yang tidak dijangka mereka

Ibarat terkena ‘durian runtuh’, di sebalik kecaman yang diterima mereka, berpusu-pusu syarikat-syarikat besar di Afrika Selatan meluahkan niat untuk menaja perkahwinan mereka kerana tersentuh hati dengan momen lamaran itu yang dilihat sangat manis dan penuh dengan kebahagiaan.

Dari dihina hanya kerana melamar teman wanita di restoran makanan segera, kini pelbagai jenama mahu memberikan tajaan pada majlis perkahwinan mereka!

Berikut adalah antara jenama besar yang sudi menaja majlis perkahwinan pasangan ini:

Difahamkan mereka sudah mendapat lebih 120 tajaan buat majlis perkahwinan mereka.

Bayangkanlah, dari baju pengantin hingga ke cincin, makanan serta minuman buat para tetamu, persembahan di majlis, barangan harian, percutian bulan madu dan macam-macam lagi, semuanya ditaja oleh bukan calang-calang syarikat, okay!

Boleh dikatakan memang all-in lah wedding ini!

Pengajarannya di sini ialah jangan sesekali merendahkan orang lain, dan humanity wins!

Apa-apa pun penulis turut gembira dengan bakal pasangan pengantin ini. 🙂

Image from Google

Image via Google

Categories
Viral

“Ni iPhone Apa?” – 17 Tahun Tanpa Telefon Sendiri, Keluarga Hadiah iPhone Pada Gadis Ini!

Siapa ingat pengalaman memiliki telefon bimbit pertama?

Macam penulis sendiri, pertama kali dapat telefon bimbit ialah pada usia 12 tahun, sekitar tahun 2004. Penulis diberi telefon bimbit legend‘ Nokia 3310, oleh ibu bapa.

Nokia 3310.

Nokia 3310.

Image via The Sun UK

Waktu itu telefon bimbit digunakan semata-mata hanya untuk menghubungi orang sama ada menerusi panggilan telefon biasa ataupun aplikasi mesej SMS (Short Message Service).

Tapi antara perkara yang best boleh dapat dalam Nokia 3310 sudah semestinya permainan ular dan brick iaitu permainan klasik yang ternyata melekakan ketika itu.

Baru-baru ini viral di laman sosial Twitter sebuah video seorang gadis berusia 17 tahun mendapat telefon bimbit pertamanya!

Jangan macam-macam, dia dapat iPhone 11, OK!

Menerusi video yang dikongsikan abang gadis itu, Anan, adiknya, Wafa, yang juga digelar baby oleh ahli keluarganya tidak pernah memiliki telefon bimbit sendiri.

iPhone 11.

iPhone 11.

Image via The Verge

Ekoran daripada itu, serta oleh kerana berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran, Wafa dihadiahkan iPhone 11 oleh ibu bapa mereka.

Yang menarik perhatian netizen adalah kegembiraan dan keikhlasan yang ditunjukkan Wafa tatkala menerima hadiah itu.

Lihat video penuh di bawah:

Susulan tularnya video tu, ramai yang turut sama gembira dengan Wafa dan masing-masing meninggalkan komen positif di bahagian reply tweet itu.

Antara komen menarik oleh para netizen:

Image from Twitter @fnann_

Image via Twitter @fnann_

Image from Twitter @fnann_

Image via Twitter @fnann_

Image from Twitter @fnann_

Image via Twitter @fnann_

Bila sudah ada telefon pintar ini, maka tidak terkejutlah kalau akan ada akaun-akaun sosial media seperti Twitter dan Instagram.

Tapi ini pesanan abang Wafa buat yang ingin follow dia di IG.