Categories
Berita

Sebanyak RM18 juta bantuan khas untuk Wanita & OKU. Maklumat Lanjut Baca Disini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berserta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), telah memperuntukkan lebih RM18 juta bagi pelbagai program dan bantuan untuk pengendali perniagaan terdiri daripada wanita dan orang kurang upaya (OKU).

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini sejajar dengan persetujuan kerjasama antara kementerian itu menerusi agensinya seperti Institut Keusahawanan Nasional (INSKEN), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), SME Corp dan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) dengan KPWKM bagi membantu kumpulan sasar, terutama pada tempoh pemulihan pasca-Covid-19 selain mengembangkan operasi mereka terbabit.

Beliau berkata, pemilik perniagaan wanita juga merupakan antara kelompok yang terjejas teruk akibat pandemik berikutan sebahagian besarnya dalam kategori mikro dan tidak rasmi (tidak berdaftar).

Malah, katanya, mereka juga menjalankan perniagaan dalam sektor bukan utama seperti kecantikan, fesyen, pengurusan acara dan perancang perkahwinan.

“Sehubungan itu, MEDAC dan agensinya sedang gigih untuk memberi bantuan menyeluruh yang dapat menyumbang secara berkesan, bukan hanya bagi pemulihan pasca-Covid-19 tetapi juga membantu kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ini termasuk menawarkan perkhidmatan menyeluruh merangkumi bantuan pembiayaan, pembiayaan mikro, kejurulatihan, latihan dan program kemahiran bagi melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing, dinamik serta berdaya tahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Wan Junaidi, MEDAC juga sedang menumpukan usaha membantu perniagaan menjadi lebih digital.

“Covid-19 telah meningkatkan keperluan perniagaan untuk menerima guna dan melaksanakan teknologi. Hasil kaji selidik kami mendapati perniagaan yang melaksanakan pendigitalan terbukti lebih maju berbanding mereka yang menolak keperluan digital itu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, MEDAC menerusi PNS juga berminat untuk menjalin kerjasama dengan KPWKM bagi mengenal pasti perniagaan milik wanita yang berpotensi dimajukan sebagai jenama francais tempatan.

“Banyak PKS yang takut untuk menceburi bidang francais ini berikutan persepsi bahawa ia memerlukan modal permulaan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, PNS akan membantu dari segi penilaian perniagaan dan memberi nasihat bagaimana untuk meningkatkan lagi perniagaan tersebut.

PNS menerusi pelan lima tahunnya, menyasarkan untuk mencapai minimum 5,000 kelulusan pembiayaan bagi usahawan yang dijangka dapat memperluas portfolio francais kepada RM700 juta selain mewujudkan 18,000 pekerjaan serta menyumbang sejumlah RM4.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/133400/BISNES/Lebih-RM18-juta-untuk-bantu-wanita-OKU-kendali-perniagaan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Categories
Agama

Terdengar azan sewaktu bertugas tengah padang pasir, anggota tentera ini peluk Islam pada bulan Ramadhan…

Laungan azan di tengah padang pasir pada jam 3.30 pagi secara tiba-tiba bergema di telinganya semasa bertugas sebagai anggota pasukan tentera di Bosnia tujuh tahun lalu.

Bekas juara dart dunia, Ryusei Nemoto, 44, berkongsi saat beliau menerima hidayah ALLAH SWT dan bersyukur kerana terpilih sebagai Muslim.

Menceritakan pengalaman itu, Ryusei pada mulanya terkejut dengan suara yang didengar dalam suasana sunyi pagi itu, lantas beliau bertanyakan rakan sepasukan sekiranya bunyi itu dari komputer riba atau radio, namun rakannya memberitahu tidak mendengarnya.

Pengalaman ke beberapa buah negara sebelum ini membolehkan Mohamed Khidir mengamati dan mempelajari cara hidup Islam.

Beberapa tahun selepas itu, lelaki itu pergi ke Jakarta sekali lagi untuk menghadiri majlis reunion bersama rakan sekolej.

“Ketika sedang berbual, saya sekali lagi terdengar suara azan. Saya tertanya-tanya maksud suara itu dan nekad mencari jawapan kerana setiap kali terdengar bunyi tersebut, hati menjadi tenang,” katanya.

Ryusei berkata, beliau mula mengembara ke wilayah dan seluruh kampung termasuk ke Aceh, Lampung dan Jawa Timur serta singgah di masjid semata-mata mahu mendengar azan dan menyelidik perkara itu.

Menurutnya, lapan bulan berada di Indonesia, beliau menjelajah ke beberapa lokasi lain untuk mencari jawapan yang beliau sendiri tidak pasti.

Pengalaman ke beberapa buah negara sebelum ini membolehkan Mohamed Khidir mengamati dan mempelajari cara hidup Islam.

Ryusei yang fasih berbahasa Melayu berkata, niat memeluk Islam timbul ketika berada di Singapura beberapa tahun selepas kejadian itu.

Bermula saat tersebut, beliau mula mengubah cara hidup dan penampilan sebagai seorang Muslim.

Tatkala terdetik hati menerima Islam, Ryusei kemudian diuji apabila seorang demi seorang insan yang dicintai pergi buat selama-lamanya.

“Dua minggu selepas datuk meninggal dunia, nenek pula ‘pergi᾿. Saya kemudian diuji lagi apabila kedua-dua ibu bapa, bapa saudara dan adik perempuan kembar saya maut apabila pesawat dinaiki terhempas ketika dalam penerbangan ke Hawaii. Hati saya sedih dan pilu.

“Bagaimanapun, saya memujuk hati dan mencari kebenaran yang akhirnya mendapat jawapan, sesungguhnya manusia tidak boleh kekal di dunia ini melainkan hanya Dia Yang Maha Kuasa,” luahnya.

Disebabkan rasa membuak-buak ingin mendalami Islam, Ryusei nekad berkunjung ke Makkah.

Ketika tiba di tanah suci itu, beliau terpegun melihat ketekunan umat Islam mengejar pahala berbuat kebaikan, mengerjakan ibadat haji dan umrah.

Mohamed Khidir meluangkan masa bersama keluarga angkat di Malaysia.

Beliau akhirnya nekad dan yakin dengan ajaran Islam sekali gus membuat keputusan ingin mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.

Atas sokongan keluarga angkat di negara ini, akhirnya beliau mengucap syahadah secara rasmi di Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Kedah pada 23 Mac lalu menggunakan nama Mohamed Khidir Hakim.

Mohamed Khidir yang mempunyai kepakaran profesional dalam pelbagai bidang ingin memulakan hidup baharu dengan diari kehidupan yang lebih bermakna.

Mohamed Khidir yang pernah dinobatkan juara dart dunia kini nekad meninggalkan segala-galanya untuk menumpukan kepada pembelajaran agama.

Aktif 19 tahun dalam sukan dart, beliau tidak mahu pengalamannya dalam beberapa kejuaraan terkubur, malah berhasrat menjadikan permainan itu diterima masyarakat Malaysia sebagai salah satu aktiviti keluarga tanpa dipengaruhi budaya songsang barat.