Categories
Resepi

Lebih 3k ‘Shares’, Lelaki Ini Kongsi Resepi ‘Takoyaki Homemade’ Untuk Bekal Anak. Senang!

Takoyaki iaitu sejenis snek jalanan Jepun, memang digemari oleh rakyat Malaysia kerana rasanya yang seakan sama seperti cucur atau cekodok

Image via bruhitszach.com

Image via bruhitszach

Ramai yang berpendapat takoyaki ini susah untuk dihasilkan di rumah kerana anda memerlukan acuan untuk dimasak. Tetapi resepi ini juga boleh dihasilkan seperti cucur yang hanya memerlukan 4 bahan asas sahaja.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengubah suai inti takoyaki ini mengikut cita rasa anda. Hidangan ini sesuai sekali untuk bekalan sekolah anak kecil kerana anda boleh menyediakan adunan terlebih dahulu, bekukan dan gorengkan sahaja. Jom cuba? 😀

Untuk resepi takoyaki mudah tanpa menggunakan acuan, ikuti perkongsian pengguna Facebook Wan Muhammad Hafiz Satar yang telah mendapat sebanyak 3.7k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan adunan:

  • 1 cawan air panas didih
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam

Bahan-bahan sos: 

  • Kicap manis
  • Gula
  • Air
  • Tepung jagung

Bahan-bahan tambahan:

  • Kobis
  • Daun sup
  • Cili merah
  • Sosej
  • Sotong
  • Isi ketam

*Anda boleh menggunakan apa sahaja bahan mengikut cita rasa anda.  

Jom ikuti cara membuatnya pula:

  1. Gabungkan tepung gandum, gula, garam dan air panas dan gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan pula bahan-bahan tambahan seperti kobis, daun sup dan cili.
3. Seterusnya masukkan bahan-bahan tambahan pilihan anda seperti sotong, sosej atau isi ketam.

4. Kemudian, bulatkan dan gorengkan dalam minyak yang panas.

Apabila takoyaki sudah siap digoreng, inilah hasilnya. Letakkan sos takoyaki dan mayonis dan topping pilihan anda seperti bonito flakes, daun sup dan banyak lagi!

Categories
Resepi

Lebih 8k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Puteri Ayu Red Velvet ‘Simple’ & Confirm Laku!

Kebiasaanya, kuih puteri ayu dihasilkan dengan perasa pandan dan santan tetapi jika anda mahukan kelainan, terdapat juga variasi moden yang begitu menarik

Image via borianafoods.com

Image via borianafoods

Antara variasi moden kepada kuih tradisional ini ialah puteri ayu red velvet. Resepi ini bukan sahaja menarik, tetapi rasanya pula seakan sama dengan kek red velvet. Tetapi cara membuatnya lebih mudah dari kek. Jika anda mahu mencuba sesuatu yang lain daripada lain, anda wajib mencuba resepi kuih puteri ayu red velvet ini!

Untuk resepi Puteri Ayu Red Velvet yang unik dan sedap, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Ain Kamis yang telah mendapat sebanyak 8.5k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan krim keju:

  • 250 gram keju krim
  • ½ cawan gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1½ sudu besar susu segar (jenama Yarra)
  • sedikit esen vanila

Bahan red velvet:

Bahan A:

  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B:

  • 1 cawan susu segar (jenama Yarra)
  • 1 sudu kecil susu masakan

Bahan C:

  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalet
  • sedikit esen vanilla

Bahan D:

  • Pewarna merah (mengikut kepekatan warna yang anda mahukan)

Jom ikuti cara membuatnya pula:

  1. Gabungkan semua bahan krim keju dan gaulkan sehingga sebati. Ketepikan.
  2. Gabungkan bahan B dan biarkan seketika.
  3. Ayakkan bahan A dan ketepikan.
  4. Gabungkan bahan C dan pukulkan dengan mesin pengadun pada kelajuan yang perlahan selama 5 minit.
  5. Kemudian, naikkan kelajuan kepada yang paling tinggi dan pukul adunan selama 15 minit atau sehingga kembang dan warna bertukar menjadi cerah. (Bergantung kepada jenis mesin pengadun yang digunakan)
  6. Masukkan bahan A dan bahan B secara selang seli ke dalam adunan bahan C.
  7. Kemudian, tambahkan pewarna.
  8. Griskan acuan dengan sedikit minyak.
  9. Letakkan adunan keju ke dalam acuan terlebih dahulu.
  10. Kukuskan selama 5 minit.

Apabila Puteri Ayu Red Velvet sudah siap, inilah hasilnya. Cantik betul warnanya! Pasti laku punyalah. 😀

Sumber resepi: Ain Kamis

Categories
Resepi

Lebih 2k ‘Shares’, Chef Cilik Ini Kongsi Resepi Mini Burnt Cheesecakes Mudah. Sedapnya!

Burnt Cheesecake sememangnya dessert yang paling hangat baru-baru ini kerana rasanya yang simple tetapi begitu nikmat sekali

Walaupun harga sepotong Burnt Cheesecake di kafe agak mahal, kek ini sebenarnya mudah sahaja untuk dihasilkan di rumah kerana ia hanya menggunakan kurang dari 10 bahan.

Malah, anda juga boleh menyediakan kek keju mini menggunakan loyang mufin agar anda tidak membazir. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengubah suai topping seperti Nutella, mentega kacang dan banyak lagi mengikut cita rasa anda. Jom cuba? 😀

Untuk resepi Mini Nutella Burnt Cheesecake, ikuti perkongsian chef cilik Danish Harraz di Facebook yang telah mendapat sebanyak 2.6k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan kek keju

  • 500 gram krim keju (dilembutkan)
  • 250 ml krim putar
  • 3 biji telur (gred A)
  • ½ cawan gula putih
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung gandum (diayak)

Bahan Nutella swirl

  • 1/4 cawan sapuan coklat (jenama Nutella)
  • 1/2 cawan adunan kek keju

*Anda juga boleh menyediakan kek keju biasa tanpa menambahkan coklat. Anda boleh mengubah suai bahan-bahan tambahan mengikut cita rasa anda.

Ikuti cara membuatnya seperti di bawah:

  1. Dalam mangkuk besar, gabungkan krim keju yang sudah dilembutkan dengan gula.
  2. Pukul selama 1 hingga 2 minit atau sehingga rata pada kelajuan sederhana.
  3. Kautkan adunan menggunakan spatula dan pukul adunan sekali lagi selama 1 hingga 2 minit sambil memasukkan esen vanila.
  4. Kemudian, pecahkan telur satu demi satu.
  5. Kautkan adunan sekali lagi dan pukul selama 1 minit.
  6. Seterusnya, tuangkan krim putar secara perlahan.
  7. Ayakkan tepung gandum dan gaul selama 20 saat pada kelajuan yang perlahan.
  8. Kautkan adunan dan gaul sekali lagi selama 10 saat sehingga sebati.
  9. Asingkan 1/2 cawan adunan kek keju untuk menghasilkan Nutella swirl.
  10. Untuk Nutella swirl pula, gabungkan adunan kek keju tadi dengan sapuan coklat Nutella. Gaulkan sehingga sebati.
  11. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. (Pastikan api dipasang atas bawah tanpa kipas)
  12. Griskan loyang mufin dengan mentega dan kertas minyak.
  13. Masukkan adunan kek keju sebanyak 3/4 penuh acuan.
  14. Kemudian, masukkan Nutella swirl.
  15. Tambahkan adunan kek keju sekali lagi.
  16. Pusarkan Nutella swirl dengan adunan kek keju menggunakan lidi agar mempunyai corak yang cantik.
  17. Bakarkan adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 30 minit. (Tambahkan 10 hingga 15 minit jika perlu bergantung kepada suhu ketuhar anda)
  18. Kemudian, naikkan suhu kepada 200°C dan bakar lagi selama 10 hingga 15 minit.
  19. Kek keju sudah masak jika tiada cecair yang melekat apabila dicucuk di tengah. (Pastikan kek keju tidak terlebih masak kerana akan menjadi kering dan kurang enak)
  20. Sejukkan kek keju dan simpan di dalam peti sejuk.

Apabila kek keju sudah siap, inilah hasilnya. Creamy, mudah dan memang nikmat! 😀

Categories
Resepi

Lebih 3k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Geprek Viral. Pedas Tapi Confirm Sedap!

Baru-baru ini, hidangan ayam geprek yang terkenal di Yogyakarta telah viral di laman sosial

Manakan tidak, hidangan ini menggabungkan ayam goreng rangup dengan cili gesek yang pedas dan penuh rasa lazat. Memang kecur air liur dibuatnya!

Untuk anda yang teringin untuk mencuba, resepi ini begitu mudah untuk dihasilkan di rumah. Resepi ini juga hanya menggunakan bahan-bahan murah seperti cili padi, tomato, bawang merah, bawang putih. Jom cuba? 😀

Untuk resepi ayam geprek viral yang confirm lazat, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Nurul Hawa Nadila Sari ini yang telah mendapat sebanyak 3k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan perap ayam

  • 4 bahagian paha ayam
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu jus limau

Bahan salut ayam

  • Tepung (jenama Bestari)
  • 2/3 biji telur

Bahan sambal geprek

  • 15 hingga 20 biji cili padi merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Garam dan gula secukup rasa

Jom ikuti cara membuatnya pula:

1. Bersihkan ayam dan gabungkan dengan bahan perapan.

2. Perapkan ayam selama 15 minit.

3. Sediakan bahan salutan ayam seperti telur dan tepung.

4. Apabila ayam sudah selesai diperap, celupkan ayam ke dalam telur terlebih dahulu.

5. Seterusnya, salutkan ayam dengan tepung.

6. Dalam kuali, panaskan minyak untuk menggoreng.

7. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga menjadi perang keemasan. Angkat dan toskan.

8. Seterusnya, gorengkan semua bahan sambal seperti cili padi, bawang merah, bawang putih dan tomato sehingga naik aroma. Angkat dan toskan.

9. Tumbuk kasar bahan-bahan sambal yang digorengkan dan tambahkan garam dan gula.

10. Letakkan sambal tadi di atas ayam goreng.

Ayam geprek anda sudah siap untuk dinikmati! Sesuai dihidangkan bersama sepinggan nasi panas, ulam dan sepotong limau nipis. 😀

Categories
Resepi

Lebih 2k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Manisan Arab Kunafa Yang Dipenuhi Keju!

Kunafa merupakan sejenis manisan dari timur tengah yang mengandungi keju seperti mozarela dan cheddar dan ditaburi kacang pistachio

Baru-baru ini, kunafa telah tular di media sosial. Manakan tidak, manisan ini bukan sahaja mempunyai tekstur yang rangup, malah isi dalamnya begitu lembut, lemak dan manis.

Kunafa juga mudah sekali untuk dihasilkan di rumah kerana anda hanya perlu menggabungkan bahan-bahan dan bakarkan di dalam ketuhar. Sesuai untuk anda yang ingin menyediakan dessert dalam masa yang singkat!

Untuk resepi kunafa simple dan dijamin lazat, ikuti perkongsian pengguna Facebook Maslena Alwi II yang telah mendapat sebanyak 2.1k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram doh kunafa segera (boleh didapatkan di Shopee atau pembekal barang pastri)
  • Keju cheddar (secukupnya)
  • 200 gram keju mozarela
  • 250 gram keju krim
  • 1/2 tin susu pekat
  • 50 gram gula aising
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 70 gram mentega
  • 1 biji telur kuning (optional)

Jom ikuti cara membuatnya pula:

  1. Untuk menghasilkan inti, gabungkan keju krim, susu, gula dan mentega dalam satu mangkuk besar. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan telur kuning dan esen vanila. Gaul sehingga rata.
  3. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan juga doh kunafa.
  4. Taburkan separuh doh kunafa ke dalam loyang.
  5. Kemudian, masukkan adunan krim keju.
  6. Seterusnya, taburkan doh kunafa yang selebihnya sehingga menutupi adunan keju krim.
  7. Bakarkan kunafa selama 15 hingga 20 minit atau sehingga keperangan.

Apabila kunafa sudah siap, inilah hasilnya! Pastikan kunafa dihidangkan panas-panas untuk kelazatan yang maksima. Jangan lupa untuk taburkan kacang pistachio!

Sumber resepi: Maslena Alwi II

Categories
Resepi

Lebih 4.6k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Gunting Rangup Ala Uncle Bob. Mudah Je!

Ayam gunting crispy dan pedas yang disediakan panas-panas sememangnya snek kegemaran ramai. 😀

Image via resepibonda.my

Image via resepibonda

Tidak boleh dinafikan yang snek ini sangat menyelerakan. Makan pun tak puas! Tetapi harga untuk satu hidangan ayam gunting ini agak mahal.

Untuk pengetahuan anda, ayam gunting ini begitu murah sekali jika anda sediakan sendiri di rumah. Lagi banyak ayam boleh dapat tau!

Untuk resepi ayam gunting ala Uncle Bob yang berbaloi, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Zaitun Abd Hamid yang telah mendapat sebanyak 4.6k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan perapan

  • Dada ayam (dipotong nipis)
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu serbuk BBQ atau sos lada hitam jenama Kimball
  • Sedikit jus perahan lemon atau limau

Bahan saduran

  • Tepung serbaguna pedas atau original (Tepung Bistari)
  • Tepung ubi atau tepung beras
  • Sedikit serbuk roti

Bahan perasa

  • Serbuk cili
  • Serbuk lada putih

Jom lihat cara-cara membuatnya pula:

1. Gaulkan bahan perapan dengan ayam dan perapkan selama 1 jam.
2. Dalam mangkuk besar, gabungkan semua bahan saduran dan gaul sehingga sebati.

3. Salutkan ayam dengan bahan saduran. Tumbukkan ayam dengan lesung batu untuk memastikan tepung melekat dengan padat.

4. Apabila ayam sudah siap disalut, gorengkan ayam sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan.

5. Taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili sebaik sahaja ayam sudah digoreng.

Apabila sudah selesai digoreng dan ditaburi perasa, ayam goreng sudah siap untuk digunting mengikut saiz yang anda suka!

Senang betul jika hidangan ini disediakan sendiri di rumah. Malah, resepi ini juga lebih sihat kerana tidak menggunakan perencah yang penuh dengan MSG. Memang sesuai buat ibu-ibu di luar sana yang ingin menyediakan alternatif snek yang murah dan lazat. Selamat mencuba!

Sumber resepi: Zaitun Abd Hamid

Categories
Resepi

Lebih 7k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Tauhu Berlauk Viral Yang Paling Simple & Enak!

Kalau dapat menikmati hidangan tauhu berlauk pada waktu petang, mesti layan punyalah!

Tauhu berlauk sememangnya antara resepi yang mudah untuk dihasilkan kerana anda hanya perlu mengukus dan menggoreng sahaja. Snek ini juga menggunakan bahan-bahan utama yang murah seperti tauhu, tauhu telur, daging atau ayam kisar.

Memang menyelerakan jika dinikmati sebagai snek waktu petang. Lebih-lebih lagi jika dinikmati dengan kicap sambal. Sedapnya!

Untuk resepi tauhu berlauk yang simple dan lazat, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Lynn Riduan Koo ini yang telah mendapat sebanyak 7k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan kisar

  • 4 keping tauhu biasa
  • 2 pek tauhu telur
  • 2 biji telur
  • Sedikit air

Bahan inti

  • Daging kisar/isi ayam kisar (digoreng tanpa minyak)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Lobak merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Daun sup (dihiris)
  • Cili besar merah (dihiris)
  • Lada hitam (secukup rasa)
  • Lada putih (secukup rasa)
  • Serbuk bawang putih
  • Bahan perasa
  • Gula (sedikit sahaja)

Ikuti cara-cara membuatnya pula:

1. Campurkan kesemua bahan kisar dan bahan inti dan gaul rata.

2. Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas-bekas kecil. Pastikan diisi penuh kerana tauhu berlauk akan mengecil setelah dikukus.

3. Kukuskan tauhu berlauk selama 20 minit.

4. Apabila sudah masak atau tidak cair lagi, angkat dari kukusan dan tunggu sejuk sebelum dikeluarkan dari bekas.
5. Pecahkan telur dan salutkan tauhu berlauk dengan telur.

6. Gorengkan sehingga perang keemasan atau garing.

Hidangan tauhu berlauk ini sedap dinikmati begitu sahaja tetapi jika dicicah sambal kicap mesti lagi power!

Bahan-bahan

  • 1 genggam cili padi (mengikut cita rasa anda)
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 sudu gula
  • 1 botol kecil kicap manis

Cara-cara

  1. Bakar bawang putih sehingga agak hitam.
  2. Tumbukkan cili padi, bawang putih dan gula sehingga lumat.
  3. Gaul campuran cili dengan kicap manis.
  4. Sambal kicap sudah siap untuk dinikmati bersama tauhu berlauk!

Setelah tauhu berlauk sudah siap digoreng, inilah hasilnya. Serius sedap!

Apa yang menarik tentang resepi ini ialah anda juga boleh membekukan tauhu berlauk yang telah dikukus untuk digorengkan pada masa akan datang. Mudah sahaja!

Resepi ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa anda. Jika anda mahukan daging lebih atau mengurangkan sayur, semuanya boleh. Selamat mencuba!

Sumber resepi: Lynn Riduan Koo

Categories
Resepi

Lebih 2k ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Red Velvet Oreo Cheesecake Hanya Guna 7 Bahan!

Gabungan Oreo dan kek keju sememangnya lazat dan menjadi kegemaran ramai!

Image via Facebook biteitquick.com

Image via biteitquick

Tetapi bagaimana dengan biskut Oreo perisa Red Velvet dan kek keju? Pasti lebih sedap! Dengan menggunakan biskut Oreo perisa Red Velvet, kek anda juga semestinya mempunyai rasa keju yang lebih mantap.

Resepi Red Velvet Oreo Cheesecake ini juga mudah untuk disediakan kerana hanya menggunakan tujuh bahan sahaja. Jom cuba? 😀

Untuk resepi Red Velvet Oreo Cheesecake yang ringkas dan confirm sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Rozmaliza Omar yang telah mendapat sebanyak 2.3k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan bes Oreo

  • 2 bungkus biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
  • 1/4 cawan mentega (dicairkan)

Bahan-bahan kek

  • 500 gram krim keju
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan yogurt (tanpa perisa)
  • 2 biji telur gred A
  • 15 keping Oreo perisa Red Velvet (dipatah empat)

Ikuti cara membuatnya seperti di bawah:

1. Kisarkan biskut Oreo (tanpa krim) sehingga menjadi halus.

2. Gaulkan Oreo kisar dengan butter yang dicairkan sehingga rata.

3. Masukkan ke dalam loyak bulat 8″ yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.

4. Tekankan bes Oreo dan mentega sehingga padat.

5. Kemudian, bakarkan bes Oreo selama 15 minit pada suhu 160°C. Angkat dan ketepikan.

6. Untuk kek pula, putarkan krim keju, gula dan esen vanila hingga sebati.

7. Seterusnya, masukkan yogurt dan pukul sehingga rata.

8. Pecahkan telur satu demi satu dan gaul sehingga sebati.

9. Masukkan Oreo yang sudah dipatah empat dan gaul menggunakan spatula sehingga rata.

10. Menggunakan teknik steam bake atau water bath, balutkan loyang anda dengan pembalut aluminium dan letakkan loyang di dalam loyang yang lebih besar.

11. Kemudian, masukkan kek ke dalam ketuhar. Penuhkan loyang yang paling besar dengan air panas.

12. Seterusnya, bakarkan kek selama 45 hingga 50 minit pada suhu 150°C.

Apabila kek Red Velvet Oreo Cheesecake sudah siap, anda boleh hias mengikut cita rasa anda. Tambahkan krim putar dan serbuk biskut Oreo perisa Red Velvet. Memang nikmat!

Sumber resepi: Rozmaliza Omar

Categories
Resepi

Lebih 6K ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Mudah dan Lazat

Jom buat ikan stim ala thai di rumah je?

Bila sebut ikan siakap stim je, mesti teringat kedai Thai yang kita biasa kunjungi. Tapi kini, anda tidak perlu risau lagi untuk pergi ke kedai. Buat sahaja sendiri di rumah kerana resepinya lebih senang dari anda jangkakan.

Resepi ikan siakap stim ini memang cukup rasa dari segi masam, masin, pedas dan manisnya. Jika anda tiada ikan siakap, anda boleh juga cuba membuat resepi ini dengan ikan lain. Resepi ini juga menggunakan bahan-bahan yang amat ringkas jadi anda tidak perlu risau untuk keluar rumah pun! Jom tengok resepinya?

Untuk ikan siakap stim ala Thai yang ringkas dan sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Zurina Zulkefli yang telah mendapat sebanyak 6k perkongsian!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Seekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis (dipotong dua)
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • 5 halia (dihiris nipis)
  • 3 cili merah kecil (dihiris)
  • 3 cili hijau kecil (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 batang daun ketumbar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 4 sudu besar sos ikan

Mari lihat cara untuk membuatnya:

Cara kukus ikan

1. Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.

2. Selepas itu, masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.

3. Kemudian, perahkan jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.

4. Setelah itu, kukuskan ikan selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Cara masak kuah stim ala Thai

1. Gorengkan bawang putih di dalam kuali sehingga warna kuning keemasan.

2, Padamkan api dan masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau, cili merah, lebihan serai dan perahan jus limau.

3. Rasa dahulu kuahnya dan tambahkan air, garam dan gula mengikut citarasa sendiri.

4. Kemudian, kacaukan kuah sehingga semuanya sebati.

Langkah terakhir

1. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.

2. Kukuskan lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.

3. Angkat ikan daripada periuk dan ikan siakap stip sedia dihidang.

Apabila ikan siakap stim ala thai anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan semasa panas pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!

Sumber resepi: Zurina Zulkefli.

Categories
Resepi

Lebih 2k ‘Shares’, Chef Cilik Ini Kongsi Resepi ‘Sloppy Joe Casserole’ Mudah. Lazatnya!

Sloppy Joe merupakan sejenis sandwic popular yang digemari ramai kerana ia mempunyai kuah daging yang dimasak dengan sos tomato. Memang sedap!

Image via The Spice House

Image via The Spice House

Tetapi jika anda mahu menghidangkan Sloppy Joe sebagai hidangan yang lebih mengenyangkan, anda wajib sekali menghasilkan resepi Sloppy Joe Casserole ini.

Resepi ini sememangnya lazat kerana dipenuhi dengan kuah daging tomato dan lelehan keju mozarela. Apa yang menarik tentang resepi ini ialah ia menggunakan bahan-bahan utama yang anda mungkin sudah ada di dapur. Jom cuba? 😀

Untuk resepi Sloppy Joe yang simple, ikuti perkongsian chef cilik Danish Harraz di Facebook yang telah mendapat sebanyak 2.9k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • Roti putih secukupnya
  • Mentega atau marjerin (untuk disapu pada roti)
  • 250 gram daging kisar
  • ½ biji bawang kuning (dicincang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • ¾ cawan sos tomato
  • 1 sudu kecil mustard
  • 2 sudu kecil gula perang
  • ½ – 1 sudu kecil serbuk cili atau serbuk cayenne (ikut cita rasa anda)
  • ½ sudu kecil daun parsli
  • Garam halus (secukup rasa)
  • 1 ½ – 2 cawan parutan keju mozarela
  • 2 sudu besar minyak zaitun

Jom ikuti cara membuatnya pula:

  1. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun.
  2. Tumiskan daging kisar sehingga kering dan warna sudah bertukar menjadi gelap.
  3. Seterusnya, masukkan bawang kuning dan bawang putih. Tumiskan sehingga layu.
  4. Masukkan sos tomato dan mustard. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan gula perang, serbuk cili, daun parsli, serbuk cayenne dan garam halus.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C selama 25 hingga 30 minit.
  7. Sapukan mentega pada roti. Pastikan roti dipotong kemas bergantung kepada saiz loyang anda.
  8. Susunkan roti yang disapu mentega di lapisan paling bawah sekali.
  9. Letakkan kuah daging di atas roti dan ratakan.
  10. Taburkan keju mozarela. Jika anda mahu, anda juga boleh menambah keju cheddar .
  11. Lapiskan keju dengan roti yang disapu mentega.
  12. Akhir sekali, masukkan casserole ke dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 25 minit atau sehingga warna roti sudah bertukar menjadi perang keemasan dan garing.

Apabila Sloppy Joe Casserole sudah siap, inilah hasilnya. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan dan sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Memang puas hati!

Sumber resepi: Danish Harraz